BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut nahas lori rempuh lori

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keadaan lori yang dinaiki mangsa yang remuk di bahagian hadapan akibat hentaman kuat dalam nahas malam, semalam.​

KUALA KANGSAR - Seorang remaja maut selepas lori yang dinaikinya merempuh sebuah lori lain ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur di Kilometer 249.5, Lebuh Raya Utara Selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, mangsa, Mohd Ashraf Yaacob, 18, yang bekerja sebagai kelindan lori maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Kangsar, Asisten Superintendan Bahaman Mohamed berkata, siasatan awal mendapati lori muatan buah yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan kerana berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya terbabit.

"Akibat itu, pemandu lori terbabit terus melanggar sebuah lori di hadapannya menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

"Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar manakala pemandu lori kedua yang berusia 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, khidmat Bomba dan Penyelamat diperlukan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan jalan kering termasuk di lorong kecemasan. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
 
Back
Top
Log in Register