ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika melintas jalan di Kilometer 16.8 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kajang, awal pagi semalam.
Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kajang, Deputi Superintendan Mohd Yusof Ismail berkata, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 pagi itu, mangsa, Zam Lian Kham, 36, dipercayai tidak menyedari kehadiran motosikal terbabit.
Menurutnya, tindakan mangsa yang melintas secara tiba-tiba juga menyebabkan penunggang motosikal Naza Blade 250cc itu gagal mengelak daripada merempuhnya.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh lima meter, sebelum mati di lokasi kejadian.
"Penunggang motosikal yang bekerja sebagai pegawai penjara itu pula dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala," katanya.
Mohd Yusof berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, manakala penunggang motosikal yang cedera menerima rawatan di Hospital Kajang.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurutnya, sesiapa yang mungkin mengenali mangsa yang maut, boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Azman Kassim di talian 016-2815009 bagi membantu siasatan termasuk proses pengecaman.