BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dilanggar tren komuter

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada sebatang pokok.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Jalan Kucing menghala Kepong, di sini, malam kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II Othman Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pemandu tren komuter terbabit kira-kira jam 10 malam.
“Kami tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian dengan kekuatan lima anggota termasuk pegawai,” katanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan polis bantuan dari KTMB sudah berada di lokasi kejadian.

"Lelaki itu dipercayai dilanggar tren komuter sebelum terpelanting sehingga jatuh ke dalam lurah yang curam kira-kira 3 hingga 4 meter dan tersangkut pada sebatang pokok. Kami terpaksa memotong sebatang dahan pada pokok itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa warga tempatan yang berumur lingkungan 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/maut-dilanggar-tren-komuter-1.281494
 
Perghh..

Apa kes jadi gitu tu..

Bunuh diri ke melintas dpn keretapi..
 
Cemana kena langgar keretapi ye? Takkan tak nampak besar gedabak ketapi tu? Bising pulak. Takkan tak sempat lari or mengelak? Konpius aku. Mabuk or bunuh diri mungkin jugak la...
 
mabuk??bunuh diri??x pasan???..byk spekulasi
 
Cemana kena langgar keretapi ye? Takkan tak nampak besar gedabak ketapi tu? Bising pulak. Takkan tak sempat lari or mengelak? Konpius aku. Mabuk or bunuh diri mungkin jugak la...
rumah aku kat tepi rel komuter. setiap kali lalu & kalau driver nampak org atau haiwan kat rel, hon akan dibunyikan. dari jauh lagi dah hon. tu yg heran, camner kena rempuh juga...
 
Back
Top
Log in Register