ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
R. MUNUSAMY
KUALA LUMPUR 24 Mei – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipukul empat lelaki dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.31 pagi itu, mangsa yang berusia sekitar 40 tahun sebelum itu sedang tidur di kaki lima perumahan sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan pisau panjang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kumpulan lelaki berkenaan memukul mangsa dengan kerusi plastik dan kayu selain turut mengacukan pisau panjang kepada mangsa.
“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala, tangan dan telinga. Telefon bimbit dan wang berjumlah RM50 milik mangsa turut dilarikan.
“Mangsa kemudiannya rebah dan meninggal dunia berhampiran kondominium berdekatan, dipercayai semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Jinjang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Munusamy, kes itu pada awalnya diklasifikasikan sebagai samun dan mendatangkan kecederaan namun diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan merampas sebuah kereta Proton Wira Aeroback dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
“Hasil soal siasat kemudiannya membawa kepada penahanan tiga lagi suspek berusia 18 sehingga 31 tahun ketika cuba melarikan diri. Salah seorang daripadanya dikesan memiliki rekod jenayah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaaan iaitu mendatangkan kecederaan,” ujarnya.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.