BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MATTA FAIR 2023

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
0yt8febgZekBFDt4EP0coqSg.jpg

Pameran Matta 2023 pada Mac ini akan menjadi acara terbesar sejak ia ditubuhkan dan dijangka menjana jualan RM400 juta dengan sasaran 250,000 pengunjung, kata Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).
Pengerusi Penganjur Rocky Kho berkata, mereka menjangkakan jumlah pengunjung terbesar pada pameran itu tahun ini, lebih daripada rekod sebelumnya iaitu 113,685 pengunjung pada 2019, sebelum pandemik COVID-19.


"Pameran itu akan meliputi keseluruhan kemudahan, yang merangkumi ketiga-tiga tingkat pameran dan akan memenuhi lebih daripada 37,000 meter (398,264 kaki persegi) ruang yang membolehkan peserta pameran mempamerkan produk mereka. Pameran Matta ini akan mencatat rekod baharu daripada segi saiznya," kata Kho pada sidang media di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini, hari ini.

"Arab Saudi adalah peserta yang akan terlibat dalam pameran ini. Ia kini merupakan salah satu destinasi pilihan kami untuk dikunjungi.

"Ia adalah destinasi bukan sahaja untuk umat Islam dan destinasi umrah dan haji, tetapi ia kini menjadi destinasi untuk semua orang, termasuk bukan Islam," katanya.
Kho berkata, Malaysia dipilih oleh Arab Saudi sebagai salah satu daripada beberapa negara istimewa yang ditawarkan visa pelancong berbilang kemasukan yang sah selama setahun.

"Rakyat Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan (visa yang ditawarkan)," katanya.
Antara peserta Pameran Matta 2023 ialah agensi pelancongan, pejabat pelancongan negara, pejabat pelancongan kerajaan negeri, hotel dan pusat peranginan, taman tema, syarikat penerbangan dan pengendali pelayaran, serta perkhidmatan dan organisasi berkaitan perjalanan lain.
"Kami juga ada bahagian umrah. Pengusaha umrah yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menjual pakej umrah dan haji mereka di sini, sebagai tambahan kepada pelancongan dan perkhidmatan lain yang disediakan," kata Kho.
Sementara itu, Matta berkata, perkhidmatan ulang-alik untuk pelawat akan disediakan di tempat mengambil dan menghantar yang ditetapkan di sekitar Mitec iaitu di Terminal Bas Jalan Duta, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Masjid Wilayah Persekutuan, Menara Miti dan Menara MATRADE.
"Lokasi lain, terutamanya yang terletak berhampiran stesen MRT, sedang dirancang dan akan diumumkan pada masa yang sesuai," katanya.
Edisi ke-52 pameran pelancongan pengguna terbesar di Malaysia itu akan diadakan di Mitec pada 17-19 Mac (Jumaat hingga Ahad), dari 10 pagi hingga 9 malam dengan kemasukan percuma
 
matta fair dulu2.

bila nak masuk je dah kena bayar. awal2 lagi dah pau duit org.



cuba bayangkan kita pegi pesta buku kat pwtc, nak masuk je dah kena bayar. kita dtg bawa duit, nak labur duit kita kat booth3 dalam fair diorg, tapi kat pintu masuk diorg dah pau dulu.

mmg tidak la..
 
Back
Top
Log in Register