BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati sebab tuntut upah RM13

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881

Mati sebab tuntut upah RM13​

SALEH Tamer maut selepas diseksa majikan rumah penyembelihan ayam selama 120 minit.
SALEH Tamer maut selepas diseksa majikan rumah penyembelihan ayam selama 120 minit.
Kaherah: Menyedihkan apabila remaja yatim piatu maut selepas diseksa selama dua jam oleh majikannya di Mesir.

Ia selepas mangsa yang berusia 14 tahun itu menuntut upah hariannya sebanyak 50 pound Mesir (kira-kira RM13).

Media tempatan melaporkan remaja itu dikatakan bekerja di rumah penyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian,

Menurut siasatan awal, Saleh Tamer diseksa selama 120 minit yang berakhir dengan kematiannya di rumah sembelih terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.

Siasatan polis juga menunjukkan penyeksaan terhadap mangsa dimulakan ketika dia meminta upah hariannya daripada pemilik rumah sembelih itu, pada hari sebelumnya.

Remaja itu mengatakan dia tidak lagi dapat terus bekerja di situ kerana seseorang mengganggunya dan mendesaknya supaya bekerja tanpa rehat.

Atas alasan itu, suspek (pemilik rumah sembelih) mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibatnya, remaja dikejarkan ke klinik berdekatan di mana doktor memberitahu mangsa koma dan mesti segera dibawa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Al Qamh.

Menurut Akhbar Al Watan, laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan.
 
Atas alasan itu, suspek (pemilik rumah sembelih) mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.....

maaf doa ni mgkn kontroversi, tapi den doakan pembunuh budak tu akan diseksa ateh dunia ni dgn teruk sblm mampossss & dibeduk malaikat dlm kubur sblm masuk neraka
 
saya di Malaysia juga. Pandai2 lah netizen sana cari ayam cap apa.

Kejam sungguh Tokey Mesir tu ya Tuan!...taulah itu tanah asal Piraun.

Dah lah guna Child labour...kalau ikut hukum, belum kering peluh dah kena bayar upah, ni dia pukul sampai mati.

Entahlah...egyp ni pun ramai non muslim. Islam ke bukan tokey dia tu?
Kejam sungguh!
 
Back
Top
Log in Register