BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati Rebut Parkir

metaltraders

Active Member
Messages
1,746
Joined
Feb 21, 2013
Messages
1,746
Reaction score
86
Points
40
01hm13a1_1496262206.jpg



Shah Alam: “Kamu perlu bersyukur kerana tidak disabitkan dengan kesalahan membunuh dan diharap menjadi warga yang baik selepas menjalani hukuman kelak.

“Masih ada ruang dan peluang untuk kamu mengubah kehidupan diri serta keluarga.” Itu nasihat Hakim Datuk Abdul Halim Aman di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas empat lelaki termasuk pasangan adik beradik atas pertuduhan mengakibatkan kematian seorang lelaki tanpa niat berkaitan masalah parkir, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, M Aingaran, 30, dan adiknya, M Balasubramaniam, 28, bersama M Peerarasu dan P Anbearasan, masing-masing berusia 31 tahun didakwa membunuh R Tharmaraja, 32, di sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam 12 April 2014.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam prosiding di akhir pembelaan, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata, kematian itu berpunca provokasi yang dibuat Tharmaraja (si mati) sendiri sehingga berlaku pergaduhan dan cabar mencabar selama 20 minit di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan yang diperoleh, berlaku pertengkaran antara si mati dan keluarga tertuduh berkaitan parkir. Keempat-empat tertuduh kemudian mengepung dan menetak si mati bertubi-tubi dengan parang.

“Namun mahkamah mendapati tiada isu perancangan awal bagi kedua-dua pihak untuk mewujudkan pergaduhan dan ia berunsur provokasi sehingga mengakibatkan kematian si mati,” katanya.

Abdul Halim berkata, mahkamah turut berpuas hati dengan isu dibangkitkan pembelaan antaranya percanggahan keterangan saksi penting pendakwaan, tiada penemuan senjata dan proses kawad cam tidak dijalankan mengikut prosedur ditetapkan.
 
Last edited:
Bahaya berebut parking ni rupanya.

Boleh berparang-parangan, bertetak-tetakan



.
 
fuuhh...aku ingat mati kena baling selipar tadi.
 
A.Pertuduhan
-tertuduh, M Aingaran, 30,
dan adiknya, M Balasubramaniam, 28,
bersama M Peerarasu dan
P Anbearasan,
masing-masing berusia 31 tahun didakwa membunuh R Tharmaraja, 32, di sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam 12 April 2014.

-kematian itu berpunca provokasi yang dibuat Tharmaraja (si mati) sendiri sehingga berlaku pergaduhan dan cabar mencabar selama 20 minit di lokasi kejadian

-berlaku pertengkaran antara si mati dan keluarga tertuduh berkaitan parkir.

-Keempat-empat tertuduh kemudian mengepung dan menetak si mati bertubi-tubi dengan parang

-didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

B.Keputusan
1.mahkamah berpuas hati dengan isu dibangkitkan pembelaan antaranya
-percanggahan keterangan saksi penting pendakwaan,
-tiada penemuan senjata dan
-proses kawad cam tidak dijalankan mengikut prosedur ditetapkan

2.mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan

3.meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

4.menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas empat lelaki termasuk pasangan adik beradik atas pertuduhan mengakibatkan kematian seorang lelaki tanpa niat


teruk sungguh jugak cara pembunuhan ni
 
Last edited:
#matilanak #masalahparkir #perancanganbandarteruk #menterimana #pbtmanapbt
 
Sah2 kena tetak bertubi2 tapi masih lagi
bukan kena hukuman bunuh...



.
 
ikut perundangan negara kita, hukuman mati 302 hanya untuk pesalah yang melakukan pembunuhan terancang (sengaja), lain tu duk la dala pegang sabun 20 tahun :D

20 tahun tue paling lama yer.. Atau sekurang-kurangnya 20 tahun?
 
Back
Top
Log in Register