strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Kuala Lumpur: Mati pun tetap kena kejar ceti haram (Along). Itu ugutan diterima seorang suri rumah apabila dipaksa Along membayar hutang suaminya yang sudah mati berjumlah RM10,000.
Mangsa Chow Lai May, 53, berkata, suaminya sebelum ini mati akibat diserang sakit jantung tiga minggu lalu akibat diugut sekumpulan along.
Katanya, sejurus kematian suami, dia menerima panggilan serta nota ugutan daripada beberapa along yang memintanya melunaskan hutang mendiang suami.
“Pada 20 Oktober lalu, dua along menghubungi saya dan memaksa saya membayar hutang sebanyak RM10,000. Mereka mengugut mahu mencederakan saya dan anak-anak sekiranya gagal membayar hutang itu.
“Saya tambah bingung kerana tidak pasti sama ada suami saya masih berhutang dengan along sebelum dia mati pada 10 Oktober lalu. Malah along memberitahu akan terus mengejar hutang itu walaupun perlu mengorek kubur suami saya,” katanya.
Dia berkata, suaminya meminjam wang daripada Along bertujuan untuk memulakan perniagaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/node/5203