BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati kena hempap dinding runtuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keadaan mangsa ketika ditemui di lokasi kejadian.​

KAJANG - Seorang lelaki maut dihempap dinding runtuh dalam satu kejadian di tempat kerjanya di Taman Muhibbah di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 9.53 pagi itu, mangsa dipercayai sedang bekerja di bangunan yang dalam pembinaan dan tidak sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja dinding berkenaan runtuh.

Mangsa dikenali sebagai Rusdi Mas'un, 60, maut di tempat kejadian setelah ditimpa dinding tersebut.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang tiba ke lokasi pada jam 10.04 pagi
sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk tindakan lanjut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register