BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati ditikam selepas mabuk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201

GAMBAR hiasan

Kulai: Seorang lelaki Myanmar maut dipercayai ditikam selepas berlaku pergaduhan di Jalan Senai Jaya 2, Taman Senai Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat makluman mengenai kejadian itu jam 5.40 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Senai bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menghala ke lokasi kejadian.

"Seorang lelaki dijumpai dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, turut dijumpai sebilah pisau pemotong sayur di sisinya.

"Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati ada kesan kecederaan akibat ditikam di belakang leher, bahu kanan dan kiri, dada kanan serta perut.

"Mangsa adalah lelaki Myanmar berusia lingkungan 30-an.

"Punca kejadian dipercayai suspek bersama mangsa bergaduh selepas minum minuman keras dan mabuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, seramai tiga lelaki warga Myanmar dan 10 lelaki warga India berusia antara 22 hingga 50 tahun ditahan jam 8.10 pagi semalam.

Katanya, semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Mei ini, selain kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.


== harian metro
 
Back
Top
Log in Register