TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Cunha pembelian yang tak perlu tetapi terpaksa perlu
Sebenarnya Man United dalam beberapa tahun ini sudah banyak mendandatangani pemain no.10. Posisi utama Cunha.
Ye ke? Abang memandai je ni.
Sebenarnya Bruno Fernandes itu sendiri world class no.10. Dan Cunha ini ibarat bekap atau second option untuk Bruno kalau dari segi stats.
United sebelum ini mendapatkan Mason Mount, juga no. 10. Lepas tu bedal pula Zizi pun no.10.
Tapi kenapa Cunha ini jadi pembelian tak perlu yang perlu?
Sebab daripada 3 nama di atas itu, Bruno Fernandes mungkin boleh blah dalam perpindahan kali ini. Cunha automatik akan ambik peranan itu.
Seterusnya Mason Mount injury pron. Zizi pula gagal dapatkan rentak dia seawal yang diharapkan. Dan sudah ada tanda tanda dia mungkin akan dibangunkan jadi no.9.
Tapi macamana kalau Bruno terus kekal? Tiada masalah, Cunha masih boleh jadi cover kepada posisi sayap.
Sebab United kemungkinan kehilangan Garnacho. Mereka ada Sancho dan Rashford yang kelihatan bakal dilepaskan.
Sebab itulah, kalau pembangunan bakat di United ini cantik, pembelian Cunha ini tidak perlu sebenarnya. Mereka dah patut dapat output terbaik dariapda Rashford atau Sancho.
Dan duit beli Cunha ini boleh all out dapatkan striker no.9 jika Mason Mount fit dan perform konsisten.
Bruno sentiasa bukan masalah. Dia boleh jadi no.8 kalau Cunha ambik posisi 10.
Jadi sekarang Cunha ibarat serampang 3 mata. Pembelian yang perlu ketika ini untuk apa sahaja kemungkinan dalam squad depth United.
K tu je Selamat Hari Gawai dan Kaamatan, dont drink and drive k
Axello Riise