BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Yo buang pingat...

sbg pgjrn kpd player lain.. matyo perlu dikenakan tindakan.
tindakan dia memalukan dunia bolasepak mesia
frust xdpt audi sapai mcm tu sekali.

pergerakan dia ms final terbatas sbb disekat oleh player kltn
lain kali jgn bangga diri bila xmenjadi malu xtau nk sorok muka kat mana
 
Spesis manusia tak reti bersyukur...tak lama..kejap lg muflis la dia..
 
Kejayaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit! Sudahlah kalah,dibuang pula pingat...ish.. ish.. ish
 
mungkin dia rasa xlayak dpt pingat tue..sbb xmembantu dn kecewa dgn usaha dia...sbb xjaringkan gol....xper matyo usaha lg...hiraukan kata2 org lain....yg penting main dgn bersungguh2.....aper pun thanks atas usaha dia dn pasukan sehingga bawa jdt ke final 2013.....perjalanan masih pnjg.......fokus piala malaysia dn liga super plak sekurang2 nyer layak ke afc 2013....
 
fandi salah taktik la mlm tu.. patut mat yo bagi je pingat tu kt fandi xyah la buang
 
buang pun nk kecoh...
 
Last edited:
ape yg die kejar sebenarnya? kalah menang standart lah, baru semusim dkt JDT terus nk cium cup, susah lah. bnyk team lain slow2 naik, contohnya Pahang.

TMJ mainkan peranan jugak. tk faham aku knp die announce pasal Audi tu sehari sebelum game. tu mmg betol2 kacau mood pemain, pemain for sure akan teringat Audi. tgk mcm Anuar Musa, keluar statement yg semua org akan dpt ganjaran, mcm season2 lepas, ni baru betol.

lg 1, kalau dlm 1 team tu bnyk sgt 'org luar', semangat main utk negeri, main utk naikkan nama negeri tu tk ada, dorang lbh fikirkan duit dari main bersungguh.

my 2centss.
 
Sikap Mat Yo kurang ajar

Kota Bharu: Penyokong The Red Wariors (TRW) menganggap tindakan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.

Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Sementara itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.

"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi.
 
Back
Top
Log in Register