BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Yo buang pingat...

azmi_tshirt

Super Active Member
Messages
5,624
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,624
Reaction score
20
Points
65
Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.


source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MatYomarah_buangpingat/Article/
 
Last edited:
pemain profesional malaysia yg paling bod0h pernah dilahirkan.profesional kunun.taraf tak sekolah memang cam ni la mentaliti.paling tinggi pemain malaysia pun taraf spm jer.ni bukan spm tp dah tahap taraf sampah punya mentaliti...
 
rilek la matyo ..mung mudo lagi....byk lg game mung buley main bkn ni yg last..apo2 pun...kawe tak nampak audi demo...hahaha
 
xdapek Audi Q7 ni..tu yang maroh paroh bonar tu..
 
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

--betul ka baiii
 
emo lebey nih..
puncanya marah kat sapik rahim la tew...hahahaha
 
998817_403609829756918_1299398255_n.jpg
 
macam bagus je main buang-buang pingat. kena gam nanti baru tau.
 
Back
Top
Log in Register