BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masziyaton optimis layak ke Olimpik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
LANGKAWI - Biarpun tidak berupaya mengekalkan kejuaraan kategori wanita elit perlumbaan Merentas Desa Olimpik Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC), pelumba negara, Masziyaton Mohd. Radzi masih optimis untuk layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Pada perlumbaan peringkat kedua LIMBC enam pusingan dengan jarak sejauh 4.7 kilometer bagi satu pusingan di Kampung Tok Senik semalam, Masziyaton hanya mampu memperoleh tempat ke-11 selepas basikalnya mengalami masalah teknikal.

Kekecewaan Masziyaton pada perlumbaan yang menawarkan mata ke Olimpik itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengumpul mata kelayakan melalui kejohanan luar negara selepas ini.

"Basikal saya mengalami masalah teknikal menyebabkan saya sukar untuk mengejar pelumba lain.

"Saya tetap berpuas hati kerana pada pusingan pertama saya dapat memberikan saingan dengan baik," katanya.

Pelumba kelahiran Kedah itu bermula dengan baik apabila dapat berada dalam kelompok lima pelumba terbaik dan hanya mampu memberikan saingan untuk lima pusingan sahaja.
 
Back
Top
Log in Register