BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat Cina Kelantan mahu ekonomi dimajukan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Masyarakat Cina Kelantan mahu ekonomi dimajukan

Oleh ROHAIZA AB RAHMAN28 Oktober 2022 02:58pmMasa membaca: 2 minit
No Image Caption

KOTA BHARU - Masyarakat Cina Kelantan mahu kerajaan negeri lebih bersikap proaktif dalam memajukan ekonomi tempatan dengan menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing.

Peniaga, Lee Teck Kuan,42, berkata, kedudukan negeri Kelantan yang strategik dengan pelbagai kelebihan boleh diterokai dan dimajukan.

"Kerajaan perlu lebih terbuka dan agresif meneliti peluang-peluang kerjasama dengan pelabur luar. Ini kerana kemasukan pelabur asing akan merancakkan ekonomi negeri.

"Dengan cara ini pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan rakyat akan mendapat manfaat," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Teck Kuan berkata, perkembangan ekonomi di Kelantan agak perlahan dan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Keadaan ini menyebabkan ramai rakyat berhijrah mencari rezeki ke negeri lain. Bagi saya ia satu perkembangan yang kurang sihat dan mungkin merencatkan lagi perkembangan ekonomi negeri," katanya.

Menurutnya, program-program penjanaan pendapatan yang disediakan kepada rakyat juga perlu sentiasa dikemaskini agar bersesuaian dengan keadaan semasa.

Tambah Teck Kuan, perlu ada 'post mortem' dan kajian mengenai impak program yang dijalankan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan mampu membantu rakyat menjana pendapatan.

Sementara itu penggiat seni, Tan Thee Khim, 50 berkata, kerajaan perlu segera menyelesaikan isu berkaitan keperluan asas bagi mengelakkan Kelantan terus dilabel sebagai kerajaan yang lemah.

"Jika aspek penting seperti isu bekalan air bersih, kemudahan jalan raya dan kebersihan tidak dapat ditangani bagaimana kita mahu meyakinkan pelabur ke negeri ini.

"Dari aspek kebersihan misalnya, kerajaan mungkin perlu lebih memperbanyakkan program kesedaran kepada masyarakat selain memikirkan cara efektif lain termasuk mengetatkan undang-undang," katanya.

Sementara itu Thee Khim berkata, kebudayaan negeri Kelantan yang unik daripada pelbagai etnik antara aspek yang boleh diketengahkan sebagai faktor penarik pelaburan.

Katanya banyak negeri-negeri lain di Malaysia yang mampu menjana ekonomi melalui kebudayaan dan kesenian tempatan sehingga di kenali ke persada antarabangsa.
 
Nak kaya, pergi la kl.

lepas tu balik undi pas di kelantan. Baru lah pas kekal suasana kampung.
 
Bikinlah cawangan university Al Azhar kat Tumpat, Oxford University di Gua Musang dan Paris University di Kota Bahru. Jadikan Kelantan negeri Ilmu pendidikan level international.

Bonjour 🇫🇷 viva de Kelantan
 
Cina memang dia akan pandang sudut ekonomi dl yg lain2 kemudian
 
Back
Top
Log in Register