BTC USD 84,218.4 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masya Allah... Apa nak jadi??

kuang3x

huhuhu..kalu harapkan kerajaan, ini le jd gamaknye nanti...#:-S

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6905&Itemid=29

Bukit Katil, 21 Mac (Hrkh) - Gejala murtad masa kini semakin membarah serta membimbangkan sehinggakan didakwa semakin ramai masyarakat Melayu Islam di negara ini mula terjerumus ke arah tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Rakyat, Dr Badrul Amin Bahron mendakwa, setakat Julai tahun lepas angka yang diperolehi begitu mengerunkan dan agak ramai yang telah murtad ke dalam Kristian dan Hindu.

"Sekiranya gerakan memurtadkan orang Melayu Islam ini tidak dibendung, saya percaya tak lama lagi satu perempat Melayu akan murtad kerana usaha pihak terbabit begitu terancang dan bersungguh-sungguh.

"Pak Lah kata ini isu kecil, isu yang lebih besar ialah perpaduan kaum memanglah kita tak nafikan tapi isu sebenarnya mengapa mereka provok agama kita," kata Dr Badrul Amin.

Beliau berkata lagi, Interfaith Commission (IFC) menuntut anak orang Islam tidak secara automatik jadi orang Islam, ini mencabar Islam.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai keghairahan kerajaan membentuk minda ibu bapa bahawa ukuran kecemerlangan murid itu terletak pada berapa banyak 'A' diperolehi tanpa mengaitkan dengan perlunya sahsiah dan akhlak yang mulia.

"Banyak 'A' tak sembahyang pun tak apa, tak pandai baca Al Quran pun tak apa, ini menyebabkan murid bukan jadi cemerlang tapi akan jadi jembalang," tambahnya lagi.

Sementara itu Setiausaha PAS Melaka, Adly Zahari menjelaskan PLKN diwujudkan hanya menguntungkan kroni Barisan Nasional melalui tender-tender yang berkaitan PLKN seperti sewa kem latihan, pengangkutan dan makanan serta minuman sedangkan matlamatnya tidak tercapai.

"Kerajaan membelanjakan hampir RM4000 untuk seorang peserta dan hanya Malaysia serta Israel yang mewajibkan penyertaan peserta perempuan dalam PLKN," katanya. - mks.

TEnder masuk kat tangan sapa... buat baju... this & that semuanya ke mana.. pendek cerita PLKN satu pembaziran terdasyat kepimpinan alaf ini...
 
memang paklah tu org islam..tapi lemah...terlalu lemah..perpaduan 2 perpaduan juga ..hak Islam paling utama kena jaga.....cakap pasal Piagam Madinah tapi...habuk pun tarak...Piagam Madinah Islam memimpin dan menentukan, bukan Islam dipermainkan dan diperlecehkan seperti sekarang....kafir dah naik kepala.. kalau masih kata ini perkara kecil....memang dia ni buta hati...dek kuasa dan kemewahan, aku malas nak pikir benda ni..tapi wajib fikir sebab aku orang Islam dan jadi KEWAJIPAN ORANG ISLAM UTK MEMPERTAHANKAN AGAMA DARI DIPERMAINKAN WALAU NYAWA JADI TARUHAN... renungkanlah dan semoga terbuka minda dan hati...
aku hanya tunggu dan lihat dan aku percaya suatu masa nanti pemimpin utama negara kita bukan seorang yg beragama islam jd adakah agama rasmi(islam) masih boleh dipakai lg...
 
TEnder masuk kat tangan sapa... buat baju... this & that semuanya ke mana.. pendek cerita PLKN satu pembaziran terdasyat kepimpinan alaf ini...

rasanya kalo PAS jd pemerintah pun mrk akan bg sedara mara, kwn2 mrk gak tender tu. sama je. Cuma aku hrp PAS kalo dpt memerintah, penuhi lah jamji utk bina negara islam tu.

PRU yg akan dtg la masa sesuai utk PAS. kalo xdpt amik kesempatan gak, tak tau la. Ahli UMNO yg kecewa gn Pak Lah rasanya takkan kuar mengundi. manakala pengundi atas pagar ni PAS kena pandai amik hati. hehe....
 
tak lama lagi malaysia akan jadi macam singapura yang mana terdapat orang melayu dan orang melayu islam.
 
gunakan kuasa kita semua, bersatu demi ugama islam tercinta, tiada guna berbelah politik jika islam dipinggirkan.
 
aku sokong bro.



betul2..kita kena sedar sebab nanti puak lain pijak kepala kita...
la ni pun dah kena pijak dah......menang sorak ,,nanti kampung tergadai.......
 
Back
Top
Log in Register