BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid perlu dana RM4.5j

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Mat Husien (dua, kiri) bersama sebahagian daripada jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Batang pada Jumaat lalu menderma untuk pembinaan masjid baharu mengantikan masjid Kubang Batang.
TUMPAT - Masjid Kubang Batang memerlukan dana RM4.5 juta bagi kerja membina bangunan masjid yang baharu menjadi bangunan dua tingkat.

Imamnya, Mat Husien Yusoff berkata, kerja merobohkan bangunan Masjid Ar Rahman atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubang Batang yang lama dan membina bangunan dua tingkat yang baharu akan bermula pada Mei ini.

“Masjid ini (bangunan lama) akan dirobohkan untuk diperbesarkan dengan keluasan 15,000 kaki persegi... setelah itu, bangunan dua tingkat yang baharu akan didirikan nanti,” katanya.

Mat Husien berkata, masjid yang dibina itu akan dilengkapi bilik mayat, bilik mesyuarat dan bilik imam bagi menambah baik lagi prasarana pentadbiran di sini.

Katanya, perlunya masjid ini diubah kepada bangunan dua tingkat sebagai persiapan jangka panjang penambahan bilangan jemaah kelak.

“Sekarang pun setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha, masjid ini sudah tidak dapat menampung bilangan jemaah ketika solat sunat hari raya kerana perantau pulang beraya.

“Jadi, sudah tiba masanya masjid ini dinaiktarafkan dengan menjadikan ia bangunan dua tingkat,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan derma ke dalam akaun Masjid Ar Rahman Kubang Batang, Maybank 553010608487, CIMB 8602 474114 dan Bank Islam 0314 8010 0053 29.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 019-987 ***,” katanya.

Pada pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Ar Rahman Jumaat lalu, berjaya mengumpul RM12,321 hasil derma orang ramai ketika solat Jumaat.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/masjid-perlu-dana-rm4-5j-1.498248
 
wow..sampai 4 juta diorg perlu..mudah mudahan dilancarkan dan dipermudahkan
 
Back
Top
Log in Register