BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Hutan Cengal retak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ab Hamid menunjukkan kesan retakan yang berlaku di sekitar Masjid Hutan Cengal.

image.jpg

Kesan retak yang berlaku jelas kelihatan.


PASIR MAS – Seramai 2,000 penduduk Kampung Hutan Chengal berdepan bahaya setiap kali menunaikan solat di Masjid Hutan Cengal, sejak beberapa tahun lalu.

Imam Masjid, Ab Hamid Daud berkata, bumbung masjid perlu dibaiki segera memandangkan banyak keretakan dikesan di beberapa lokasi termasuk di kawasan solat muslimat.

Bukan sahaja retak, beliau berkata, ia menyebabkan kebocoran setiap kali hujan lebat.

“Air hujan menyebabkan karpet basah, seterusnya menghadkan kawasan untuk jemaah menunaikan solat.

“Bau karpet yang hapak kerana terperap terlalu lama selepas dibasahi hujan, menyebabkan ramai yang merungut,” katanya.

Sejak bertugas sebagai imam di masjid ini pada 1991 lalu, Ab Hamid berkata, berlaku kerosakan kecil di bahagian sama.

Kerja pembaikan katanya, sudah dilaksanakan secara berperingkat, namun masalahsama berulang beberapa tahun kemudian.

“Jalan penyelesaiannya perlu dilaksanakan, namun kami mengalami kekurangan sumber untuk membaiki.

“Kami tidak mahu ia runtuh terutama ketika jemaah sedang menunaikan solat, atau ketika kehadiran tokoh terkemuka memandangkan masjid ini menjadi tumpuan ramai termasuk kerabat Diraja,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernah menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di masjid ini, 2 Mac 2012 lalu.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz; Adun Tendong, Rozi Muhamad dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Bantuan boleh disampaikan kepada Tetuan Kemajuan Agama Masjid Hutan Chengal menerusi Bank Islam, 03027010034804.
 
Back
Top
Log in Register