BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid di WTC 9/11

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,067
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,067
Reaction score
248
Points
133
pix_gal0


NEW YORK: Sebuah masjid 13 tingkat bakal dibina dekat Pusat Dagangan Dunia (WTC) menggantikan sebuah bangunan yang rosak selepas serangan pada 11 September 2001, sekali gus mencetuskan reaksi berbelah bagi di kalangan penduduk kota ini.
Dua pertubuhan Islam bekerjasama bagi membina masjid itu termasuk sebuah pusat budaya di tengah Manhattan bernilai AS$100 juta (RM330 juta) dan diberi keizinan pemimpin masyarakat di sini minggu ini bertujuan memberi ruang untuk golongan Muslim arus perdana serta menjadi pendinding kepada unsur radikal.

Tetapi, ada keluarga mangsa 9/11 menyuarakan kemarahan kerana masjid itu dibina dekat tempat anggota keluarga mereka maut.

“Saya tidak suka dengan perkara itu. Saya bukannya prejudis. Cuma, ia terlalu dekat dengan tempat anggota keluarga kami terbunuh,” kata Evelyn Pettigano yang kehilangan kakaknya.

Ada juga tidak bersetuju dengan hujah itu. Marvin Bethea, paramedik yang terselamat, berkata beliau menyokong pembinaan masjid itu.

“Bukan semua orang Islam pengganas. Ada juga orang Islam yang mati pada 9/11. Ini langkah terbaik menunjukkan kita tidak membenci dan berprasangka semata-mata,” katanya.
Keperluan membina masjid itu meningkat kerana sebuah lagi masjid berdekatan tidak dapat cukup ruang, kata Daisy Khan, Pengarah Eksekutif Persatuan bagi Kemajuan Muslim Amerika dan anggota lembaga Inisiatif Cordoba, dua pertubuhan menaja projek itu – AP

Sumber
 
hurm.....bukan yahudi ke yg buat wtc hancur?apeda..
 
hurm.....bukan yahudi ke yg buat wtc hancur?apeda..

mane la diorang nak terima hakikat tu..
dah hari2 dok sogok dengan agenda yahudi...
tapi takde sorang pun yahudi yang mati hari tu
 
kalau ada masjid kat situ mmg bagus sangatlah tapi jgn imam dia perempuan pulak nanti...
 
huhuhuh...aminah wahdudu jadi imam xde sape nak pergi karang wak..
 
bagus la .. ramai yang menyokong usaha ni..
 
adakah ini satu propaganda?
 
lepas nie masjid tue pulak kena langgar dengan kapal terbang
 
jgan ada udang disebalik batu dah
 
mane la diorang nak terima hakikat tu..
dah hari2 dok sogok dengan agenda yahudi...
tapi takde sorang pun yahudi yang mati hari tu
kesilapan "kita" adalah, kita tidak mengutuk serangangan ini sekeras2nya... walaupun kita yakin ia angkara yahudi, sebaliknya menyokong pula... sudahnya semua pandang serong kat kita....:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register