ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Seorang pegawai penyiasat memeriksa kebakaran yang berlaku di sebuah masjid di timur laur Quensland, Australia, semalam. AGENSI
SYDNEY 17 April – Sebuah masjid yang terletak di bandar Toowoomba, wilayah Darling Downs, timur laut Queensland dilaporkan dibakar dalam satu serangan, hari ini, serangan kedua seumpamanya terhadap masjid tersebut dalam tahun ini.
Laman web Press Tv melaporkan, serangan tersebut telah mengakibatkan berlakunya kemusnahan teruk ke atas masjid berkenaan.
Polis Australia berkata, siasatan sedang giat dijalankan dan setakat ini tiada suspek dikenal pasti.
“Ini adalah serangan kedua terhadap komuniti Islam dalam tempoh masa tiga bulan. Ini perkara yang mengejutkan dan keterlaluan.
“Kami mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai serangan ini datang ke depan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” kata Menteri Pembetulan Perkhidmatan, Jo-Ann Miller.
Menurut laporan, kebakaran mula berlaku di bahagian pejabat masjid sebelum merebak ke bahagian-bahagian lain.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai mencurigakan dan sedang mencari maklumat sama ada serangan kali ini ada kaitan dengan serangan yang berlaku tiga bulan lalu.