balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pada mulanya Madrasah Tahfiz Al-Tahiri hanya menumpang di tingkat atas bangunan Masjid Gelugur Haji Tahir, dengan sejumlah 20 pelajar dan dua tenaga pengajar.
MARANG – Mutakhir ini ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke pusat pengajian berteraskan agama demi melihat mereka berjaya di dunia serta akhirat dan Madrasah Tahfiz Al-Tahiri merupakan salah satu pusat pengajian yang menyediakan platform berkenaan.
Pengasasnya, Ismail Ngah, 76, memaklumkan, pada peringkat awal madrasah di Kampung Gelugur Haji Tahir dalam kawasan Dun Limbat, di sini, itu ditubuhkan oleh beliau dan rakan-rakan kerana memikirkan pelajaran agama anak muda yang bakal berdepan kehidupan mencabar.
Menurutnya, dari situlah tercetus idea menubuhkan Madrasah Tahfiz Al-Tahiri yang pada mulanya hanya menumpang di tingkat atas bangunan Masjid Gelugur Haji Tahir dengan 20 pelajar serta dua tenaga pengajar sejak 2012 hingga kini.
"Kini pihak pengurusan madrasah berjaya bina sebuah bangunan kekal setinggi empat tingkat yang mampu menampung sehingga 100 pelajar pada satu-satu masa.