BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih nak berlumba lagi?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201

KUMPULAN remaja yang ditahan ketika Ops Samseng Jalanan di Jalan Ibok-Paman. FOTO ihsan polis

Chukai: Sekumpulan mat motor bertempiaran lari ke dalam semak bagi mengelak dicekup selepas lokasi mereka di Jalan Ibok-Paman di sini, semalam, diserbu polis.

Bagaimanapun, cubaan mereka melarikan diri hanya sia-sia apabila laluan berkenaan sudah dikepung polis dalam Ops Samseng Jalanan jam 6.30 petang.

Bukan itu saja, seramai 65 yang ditahan juga diarahkan menolak motosikal sejauh lima kilometer bermula dari Mak Chili ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota itu dilakukan pihaknya susulan maklumat awam mengenai aktiviti remaja di kampung berkenaan yang berkumpul ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurutnya, pemantauan dilakukan di kawasan berkenaan terlebih dulu sebelum sekumpulan remaja mula memenuhi kawasan berkenaan.

"Kebanyakan yang hadir di situ hanya menjadi penonton dengan tiga daripadanya berlumba tanpa membabitkan pertaruhan dan mendakwa sekadar suka-suka.
"Dalam operasi ini, sebanyak 60 motosikal dan 65 lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun diperiksa manakala 14 motosikal turut disita.

"Kita turut mengeluarkan 52 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik seperti nombor pendaftaran, lesen dan cermin sisi ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya memandang serius aktiviti perkumpulan memandangkan negara sedang melaksanakan SPP dalam usaha memutuskan jangkitan Covid-19.

Katanya, ibu bapa atau penjaga diminta memantau pergerakan anak dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa sebab ketika pelaksanaan SPP ini.

"Walaupun sekadar berkumpul di dalam kampung, ia tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan kompaun kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Kita harap ia tidak berlaku lagi kerana masih ada masyarakat memandang remeh arahan kerajaan yang melaksanakan SPP yang bertujuan untuk membendung penularan Covid-19," katanya.


== harian metro
 
Lain kali hantaq skuaq peninjau dl...line clear br mulakan aktiviti hahaha
 
Dah tau anak melayu dari dulu suka lumba, benarkan jugak motor 2 roda ditunggang oleh budak-budak melayu.

Buatla undang-undang baru, umur 18 ke bawah boleh bawak motor, tapi motor jenis 3 roda. Pastu kelajuan motor pulak cuma 80km/j.

Nak naik motor 2 roda, kena lepas umur 18 dulu. Baru la anak-anak muda melayu tak merempit.

Motor 3 roda selamat. Tak perlu tongkat. Terbalik pun susah. Nak menyelit pun susah. Lebih selamat sebagai kenderaan anak-anak muda melayu.
 
Rempit - ganu
Ketom - kedah
syabu - penang
 
Back
Top
Log in Register