BTC USD 82,885.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih ada masa daftar e-Filing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Adenan (kiri) bersama kakitangan LHDN Kelantan melayan pembayar cukai yang hadir ke kaunter pendaftaran e-Filing, kelmarin.​

KOTA BHARU - Masih ada sebulan waktu diberikan bagi yang bekerja dan berniaga membuat pendaftaran cukai pendapatan melalui e-Filing.

Mereka juga diminta tidak menunggu saat akhir bagi mengelak sebarang kesulitan dan didenda.

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Kelantan, Adenan Che Semail berkata, pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2014 melalui e-Filing hingga 30 April.

"E-Filing adalah salah satu kaedah mudah untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan dan ia sebagai langkah LHDN bagi menjimatkan kos, ruang, penyimpanan dan penjagaan alam sekitar.

"Kaedah ini memudahkan pembayar cukai mengisytiharkan cukai pendapatan tanpa perlu menggunakan kertas, malah melalui e-Filing, kiraan cukai lebih tepat dan kaedah penghantarannya juga selamat," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Adenan berkata, bagi memudahkan pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing, mereka perlu memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas Pelanggan LHDN di www.hasil.gov.my (pautan http://maklumbalas. hasil.gov.my/) atau hadir sendiri ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan LHDN.

"Di Kelantan, selain kaunter LHDN di Kota Bharu, bagi mereka yang tinggal di daerah termasuk Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah serta berdekatan, mereka boleh datang ke Pusat Khidmat Hasil Tanah Merah untuk membuat pendaftaran.

"Sejak 1 Mac lalu pendaftaran e-Filing dibuka, ia menampakkan kesedaran dalam kalangan pembayar cukai di negeri ini meningkat, cuma kami nasihatkan mana-mana yang masih belum berbuat demikian, diminta segerakannya," katanya.

Menurutnya, ia sebagai usaha mengelak sebarang masalah termasuk sistem tergendala pada saat akhir (30 April), malah LHDN turut memberi kelonggaran, bagi mereka yang terlupa kata laluan e-Filing boleh set semula melalui tiga kaedah iaitu emel, tunjuk kata laluan dan hadir ke kaunter khidmat pelanggan pejabat LHDN.
 
Back
Top
Log in Register