BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masdrasah As-Sofa

saya dah check...memg modern academic elements.

biasalah dlm byk2 selebes dia..hafazan salah satu kemestian.
pagi sekolah biasa...ptg baru start madrasah punya konsep.

haa..kalau begitu suruh ajer masuk..cakap ajer..kalau masuk..duit bulan ayah kasi..kalau masuk sekolah yang suka sendiri..ayah cut bantuan kewangan tiap bulan :D
 
kpd tok rimau..

mmg bagus ler kalo anak ko belajo kat madrasah nie...walaupon nampak cam moden...tapi penekanan madrasah nie lebih kepada sistem tradisional pondok gak...dan silibus nyer diiktiraf oleh oleh al-azhar..(pondok lain pon cam tu gak..heheheh)


pengetua dia pon bukan calang2 orang tu...hehehhe...


p/s: moga Allah memberkati usaha murni Syeikh Fuad..amin...


tompek ni dokek jo gan kg eden ni...kira tompek den main main tombak jo niii:D

yup pengetua pon mmg mantap...setiap Isnin pas maghrib kat Masjid Negeri Seremban ada cito bab Tasauf.:)
 
haa..kalau begitu suruh ajer masuk..cakap ajer..kalau masuk..duit bulan ayah kasi..kalau masuk sekolah yang suka sendiri..ayah cut bantuan kewangan tiap bulan :D


aku janji nak beli dio HP ..ok ke:-? ..kan ashik main sms jerr:))


p/s aku sebenarnya mcm tak puas nak bermanja-manja gan kaklong ni...tup tup dah besar nak duk asrama dah...:(
 
kpd tok rimau..

mmg bagus ler kalo anak ko belajo kat madrasah nie...walaupon nampak cam moden...tapi penekanan madrasah nie lebih kepada sistem tradisional pondok gak...dan silibus nyer diiktiraf oleh oleh al-azhar..(pondok lain pon cam tu gak..heheheh)


pengetua dia pon bukan calang2 orang tu...hehehhe...


p/s: moga Allah memberkati usaha murni Syeikh Fuad..amin...

wahh sudah tukar nama kar ini madrasah, aka madrasah cengkau setahu aku ler...
pendapat aku untuk tuan rimau,masih belum terlambat untuk saudara bentuk dia,dan pujuklah dia secara diplomasi...tapi kalau dah dia tak nak gak...nak wat camana...jgn dipaksa..nanti memberontak dia cam aku niee waktu kecik2 dulu...wakakkakaka
 
tompek ni dokek jo gan kg eden ni...kira tompek den main main tombak jo niii:D

yup pengetua pon mmg mantap...setiap Isnin pas maghrib kat Masjid Negeri Seremban ada cito bab Tasauf.:)

memang mantap pun syeikh fuad tu,kawan dah jumpa dia...tegas tak dak simpang2 punya kaki:D :D
 
betol tu pion, paksa jer..tp bab lempang tu wak galakkan ler, silap lempang kang mereng terus anak tu naik gila kita sebagai bapak dia~X( mmg mulia sungguh cadangan rimau tu, wak tgk pon sekarang anak lebihkan kawan dari keluarga@makbapak sendiri, nie lah punca bencana alam semakin berleluasa sekarang(yg nie wak dengar dlm khutbah solat aidil adha kat surau kg wak baru2 nie)

A'ah.. aku rasa takleh nak kasar2 ngn anak2.. Pujuk dia dulu lelok.. InsyaAllah, budak besar tu makan pujuk lagi, pengaruh kawan pon, tak leh tandingi nasihat mak bapak kalo pandai guna psikologi sket.:D :D :D ...
Aku rasa, sekarang memang patut mak bapak terapkan ilmu agama yang mendalam kepada anak2... Banyak sangat pengaruh2 tak sihat & masalah sosial negara kita memang tahap giler dah aku rasa..#:-S #:-S ..So, kita sebagai mak bapak, perlu selamatkan anak2 kita dulu daripada perkara2 tidak sihat.:) :)
 
Salam...betoi tuh...erieand keruntuhan akhlak di kalangan anak muda-mudi skrg nih makin meruncing...disebabkan kurangnya ilmu agama...Tuan Rimau kena guna cara yg berhemah utk pujuk dier,mcm kita nak ayat aweks,kita akan ayat power smpi dier cairkan???so cuba terapkan ilmu mengayat tuh...pada situasi skrg nih...
 
timakasih kawan2..


anak sy dak la mengelupur taknak masuk...mungkin dia masih tak confiden...akan berasa berjauhan...mcm mana reaksi kwn2 baru...best pren dia pon mungkin ..." alamak aku plak takdak kwn nih "...btw so far so good...keluar juga soklan2 positif dari dia. " ayah katil dia mcm mana ?" kaklong nak duk tingkat atas ".

saya citer gak aktiviti ala ala summer camp As-Sofa ni, ramai yg join...kaklong bertuah terpilih...bukan semua dpt masuk tempat ni.


p/s demi masa depan anak2...berkorban apa saja:(( :D

p/s uwan & atok dia beri contoh negatif lak depan anak den. ada org kg belajar sampai mesir 10thn...la ni keje tak spt apa yg dihrpkan .

p/s den ckp yg ni bukan masdrasah pembangkang ke..apa ker...dia tetap ikut selebes goverment..amik STAM.

#:-S :)
 
thumb-0001.JPG


thumb-7.JPG



thumb-TFG.JPG



thumb-tFQQH20.jpg




YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

PENGENALAN :


Program Tafaqquh Fi al Din, ala Summer Camp ini, diagendakan khusus bagi mengisi musim cuti persekolahan para pelajar dengan pengisian yang bercorak keagamaan dengan mengaplikasikan kaedah pengajian secara tradisi ulama’.
Dalam hasrat untuk memantapkan kefahaman golongan remaja, para pesertadiberikan pendedahan juga mempelajari ilmu-ilmu agama dengan berpandukan kitab-kitab turath. Di samping itu, para peserta diwajibkan menghafaz matan-matan di dalam kitab.
Program ini, menitik beratkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang sebenarnya. Diharapkan dengan menyertai proram ini ianya dapat mengisi musim cuti persekolahan pelajar dengan perkara-perkara yang bermanfaat sebagai persiapan bagi menghadapi cabaran dan arus perdana zaman ini.



OBJEKTIF :

- Memupuk pemuda/i Islam agar mencintai Allah dan Rasul Nya.

- Melahirkan pelajar yang bersedia mendukung warisan peninggalan Rasulullah saw.

- Membina ikatan yang kuat antara hamba dan Pencipta.

- Memantapkan aqidah ahli sunnah wal Jamaah dan asas agama yang tulin.

- Melahirkan insan bersahsiah/jatidiri yang bertaqwa dalam era globalisasi.

PENGISIAN :

· Pengajian Asas Fardhu Ain
· Pengajian Kitab-kitab Turath
· Kulian Umum beserta Amali/Praktikal
· Pengajian al Quran / Kaedah Tajuid
· Pengajian Selawat dan Nasyid / Madaih
 
PENGENALAN :

MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.

Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.

Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.

FALSAFAH :

“Membentuk llmuwan Islam
Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang”


OBJEKTIF :

· Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
· Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
· Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
· Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
· Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.


PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :

1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
3. THANAWI 3 (STAM)

:)
 
Back
Top
Log in Register