BTC USD 83,602.7 Gold USD 4,188.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

Bulan pose jgn marah2
Nanti ilang pahala pose
Dah pegi buka 😂

0-D704-E16-C248-4977-9611-E299-D4-D3-C3-EC.jpg
 
Gangguan bekalan air di Gunong bersifat sementara

AZMI YUSOFMarch 18, 2024

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan gangguan bekalan air yang berlaku di Gunong, Bachok bersifat sementara dan bukannya sejak 10 tahun lalu seperti dilaporkan media.

- -

Menurut AKSB punca bekalan air terputus kerana bekalan air yang diterima daripada Loji Rawatan Air (LRA) Chicha menyusut.

Katanya, LRA Chicha menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu di Pasir Tumbuh sehingga menyebabkan kandungan chloride melebihi kadar yang dibenarkan iaitu melebihi 250 ppm.

“Hal Ini menyebabkan pengambilan air mentah melalui telaga jejari Pasir Tumbuh yang membekalkan air mentah ke LRA Chicha terpaksa dikurangkan kepada 10 juta liter sehari (JLH) daripada 15 JLH.

“Kebiasaannya, LRA Chicha membekalkan air kepada jajahan Bachok sehingga 8 JLH,” katanya pada kenyataan hari ini.

Bagaimanapun AKSB mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan lori tangki bagi menghantar dan mengisi tangki statik di kawasan terjejas.

Katanya, sehingga kini empat tangki statik ditempatkan di kawasan terjejas dengan memberi keutamaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Kawasan berkenaan melibatkan Pasar Gunong, Taman Puteri Saadong, Taman Hamidah dan Kampung Telaga Ara.

Tambah kenyataan itu lagi, AKSB cuba meningkatkan tekanan air ke kawasan itu melalui LRA Jelawat, namun bekalan air daripada loji itu hanya sampai ke Kampung Bator.

Media sebelum ini melaporkan lebih 300 penduduk membabitkan 50 keluarga di Taman Perumahan Puteri Saadong Gunong menyambut Ramadan dalam kesulitan susulan berdepan masalah bekalan air.

Penduduk mendakwa masalah gangguan bekalan air dialami sejak 10 tahun lalu, namun semakin teruk sejak dua minggu lalu. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- -
 
Kesian orang balik kampung nak beraya biarlah dapat mandi puas. Aku balik kampung Perak pun kalau ramai sangat mandi, dah halus air. Nak cari homesstay kot mejuk pulak org tua. Masalah air ni bukan kat Kelantan je. Wp kat Kelantan tu banyak je air boreng.
 
Back
Top
Log in Register