BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

Dah.. jangan gaduh2... :ROFLMAO::ROFLMAO:
F5446890-B7FE-440C-924C-06CA4AA19444.jpeg

Ni perli ke ape
 
Bagaimana kerajaan tangani masalah air negara?
March 26, 2021
Tuan_Ibrahim_Tuan_Man_environment_11032020-696x464.jpg

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat susulan pelbagai isu yang timbul khususnya berkaitan pencemaran sejak beberapa tahun lepas.

Mana tidaknya, pencemaran air yang boleh dikatakan berlaku saban bulan di Selangor dan Lembah Klang sering mengakibatkan gangguan bekalan air, menjadikan rakyat semakin gusar apakah pula yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Tidak lupa juga pencemaran akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang menggemparkan negara kira-kira dua tahun lepas hingga menyebabkan 111 buah sekolah sekitar ditutup.

Persoalannya, sampai bila isu pencemaran sumber air negara akan berlarutan?

Advertisement

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui, sektor air negara harus dibangunkan dengan lebih holistik mencakupi segenap aspek sebagai jaminan kepada rakyat pada masa depan.

Beliau berkata selain pencemaran, antara isu lain berkaitan sektor air adalah kawasan tadahan yang kritikal, tiada perpaipan bersambung antara loji rawatan air, kebergantungan kepada hanya satu sumber air serta tiada sistem discaj efluen industri berpusat.

“Kajian Dasar Air Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sedang dilaksanakan termasuk berkaitan pembangunan sumber air dan sektor pengagihan air, Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) serta sekuriti air.

“Sekarang ini berlaku perubahan iklim, maka banyak perkara di luar jangkaan boleh terjadi. Disebabkan itu kita kena ada perancangan. Dengan kajian berkenaan, kita sasar pelaksanaannya sehingga tahun 2040,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tuan Ibrahim berkata antara langkah diambil Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam menangani isu pencemaran sungai adalah membangunkan dan ‘menghidupkan’ denai di tepi sungai sebagai kawasan rekreasi supaya tiada pihak membuang sampah sewenang-wenangnya.

Selain itu juga jelasnya, kerajaan turut bercadang membangunkan Sistem Discaj Efluen Berpusat supaya jika berlaku pencemaran daripada industri ke sungai, ia dapat dihentikan lebih awal bagi mengelakkan gangguan operasi loji rawatan air (LRA).

“Sekarang ini, industri mempunyai sistem discaj efluen masing-masing namun jika ada sistem secara berpusat, lebih mudah dan cepat untuk kita kesan seandainya berlaku pencemaran.

“KASA sedang berbincang dengan kerajaan negeri dan pihak industri mengenai perkara tersebut,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sistem perpaipan bersambung antara LRA yang dilihat boleh mengelakkan gangguan bekalan kepada pengguna sekiranya berlaku pencemaran sungai.

“Contohnya sekarang ini, jika LRA A tidak boleh membekalkan air, LRA B tak boleh tolong. Jadi kita mahu wujudkan kaedah sambungan paip supaya bila ada LRA dihenti tugas, LRA lain boleh tingkatkan operasi dan sekurang-kurangnya menampung sedikit (penghasilan air terawat). Tidaklah berhenti terus,” katanya.

UPU-1-4-622x1024.png

Malaysia mempunyai 499 LRA dan 85 empangan dengan Sarawak mempunyai LRA terbanyak iaitu 93 buah dan lapan empangan diikuti Sabah (73 LRA dan empat empangan); Pahang (72 LRA dan lapan empangan); Perak (46 LRA dan 10 empangan) serta Johor (44 LRA dan 14 empangan).

Sementara itu, Kedah memiliki 38 LRA dan enam empangan; Selangor (35 LRA dan 10 empangan); Kelantan (35 LRA dan dua empangan); Negeri Sembilan (23 LRA dan lapan empangan); Terengganu (12 LRA dan dua empangan); Pulau Pinang dan Melaka masing-masing sembilan LRA dan empat empangan; Labuan (enam LRA dan tiga empangan); Perlis (empat LRA dan satu empangan) serta satu empangan di Putrajaya.

Ditanya pula mengenai persiapan negara menghadapi sebarang kemungkinan seperti kemarau, Tuan Ibrahim berkata pelbagai langkah telah dan sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan simpanan air mencukupi bagi menghadapi situasi berkenaan.

Katanya, walaupun kawasan tadahan air negara agak kritikal, namun beliau telah berbincang dengan menteri-menteri besar supaya lokasi tersebut diwartakan serta tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan demi kelestarian sumber air pada masa depan.

Pada masa sama juga kata Tuan Ibrahim, kerajaan sedang memperbanyakkan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) berhampiran LRA sebagai sumber kedua atau alternatif untuk membekalkan air kepada rakyat.

“Semasa musim tengkujuh kita ada banyak air. Waktu inilah kita kena takung untuk dimanfaat ketika kita kekurangan air (kemarau). Sebab itu kita wujudkan TAPS. Katakanlah pencemaran sungai berlaku, TAPS juga boleh tampung. Inisiatif ini berikutan pergantungan kepada hanya satu sumber air (sungai) adalah berisiko,” katanya.

Selain itu kata beliau, satu inisiatif baharu bagi mempelbagaikan sumber air negara diwujudkan iaitu air pulih guna untuk kegunaan industri bukan makanan atau minuman dengan Selangor menjadi negeri pertama bekerjasama dalam usaha berkenaan.

“Usaha ini diharap dapat mengurangkan pergantungan kepada air terawat pada masa depan. Kita akan teruskan ke negeri lain pula yang mempunyai loji kumbahan bersepadu supaya simpanan air negeri dapat ditingkatkan,” katanya.

Air pulih guna adalah air dihasilkan oleh Loji Rawatan Air Pulih Guna (LRAP) yang merawat bio efluen daripada loji rawatan air sisa selenggaraan Indah Water Konsortium (IWK) melalui proses penapisan ultra dan osmosis berbalik untuk dimanfaatkan sektor perkilangan bukan berasaskan makanan atau minuman.

LRAP pertama dibangunkan di Setia Alam, Selangor yang berupaya membekalkan sebanyak 7.5 juta liter air pulih guna sehari. – BERNAMA
 
sejak pas pegang menteri air ni.. rasa dah takde kes takda air dkt malaysia ni.. iyolah.. menteri isele drpd parti isele..

musti malaysia sejahtera dengan air kan? kikiki
 
"Mungkin ketua pemuda pembangkang tersebut boleh bertanyakan kepada mantan menteri PH sebelum ini, apakah yang dirancang untuk menyelesaikan isu air di Kelantan ketika mereka memerintah negara selama 22 bulan?"
- Shahir Adnan, ahli Span

1617867394435.png


SURAT | Kelantan tidak lagi dianaktiri dalam isu bekalan air​

Shahir Adnan
Diterbitkan 8 Apr 2021, 3:20 pm




Sememangnya isu air di Kelantan masih menjadi modal politik pihak tertentu tanpa melihat kepada fakta dan asas yang tepat.
Terbaru, seorang ketua pemuda pembangkang di Kelantan masih bersandiwara memainkan isu air di Kelantan seolah-olah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak cakna kepada rakyat Kelantan itu sendiri. Pandangan yang dilontarkan oleh ketua pemuda pembangkang itu sememangnya dangkal dan tidak masuk akal.

Setelah berada dalam kerajaan persekutuan, akhirnya rakyat di Kelantan mendapat berita baik apabila Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengumumkan untuk menaik taraf infrastruktur perkhidmatan bekalan air seperti loji rawatan air, penggantian paip air bagi mengurangkan kehilangan air tidak terhasil (NRW) dan projek untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembentungan.

Rakyat di Kelantan akhirnya tidak lagi dianaktirikan di bawah dasar prihatin dan keterbukaan kerajaan Perikatan Nasional. Mungkin ketua pemuda pembangkang tersebut boleh bertanyakan kepada mantan menteri Pakatan Harapan sebelum ini, apakah yang dirancang untuk menyelesaikan isu air di Kelantan ketika mereka memerintah negara selama 22 bulan?

Selaku ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), saya optimis bahawa fasa menaik taraf perkhidmatan bekalan air dilakukan secara berperingkat, merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang. Langkah-langkah yang diambil ini bersifat secara keseluruhan dengan menyelesaikan isu pengurusan dan infrastruktur air untuk menampung keperluan bekalan air di Kelantan untuk tempoh masa 30 hingga 40 tahun akan datang.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan kementerian dan operator air Kelantan, AKSB, adalah membina Loji Rawatan Air (LRA) Kg Telok, Kota Bharu, dengan anggaran pembekalan air sebanyak 30 juta liter air sehari kepada rakyat Kelantan.

Berkenaan isu air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), pihak operator air Kelantan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sedang membina “dedicated pipe” yang dijangka siap pada Julai 2021. Pada masa yang sama, demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pesakit di HRPZ II, pihak AKSB membekalkan air melalui lori tangki sebanyak enam trip sehari dengan jumlah bekalan sebanyak 48 meter padu sehari.

Beberapa projek LRA akan disiapkan pada tahun ini, termasuklah pembinaan telaga-telaga dan pembaikian paip air terawat demi menjamin kemudahan air terawat diberikan kepada rakyat Kelantan. Ini bermakna isu air di Kelantan bukan sahaja bakal diselesaikan dalam tempoh jangka pendek, malah optimis akan diselesaikan secara keseluruhan pada masa hadapan.

Adalah menjadi tanggungjawab Span untuk mengawal selia industri perkhidmatan air melalui pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dengan adil, berkesan dan telus ke arah perkhidmatan air yang mapan, berdaya harap dan termampu untuk semua.

Sebarang maklumat mengenai perkhidmatan air di negara kita, bolehlah mengemukakan cadangan atau aduan kepada [email protected]. Maklumat semasa juga boleh didapati menerusi semua saluran komunikasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) termasuk Twitter, Facebook, Instagram.


SHAHIR ADNAN merupakan pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pelindungan Pengguna Span dan ahli Span.

 
Bukan xde usaha yg dijalankan utk baik pulih bekalan air di kelantan. Tp bnyk sngt punca dtg dari pengurusan AKSB tu sendiri. Dari pengurusan kewangan, projek & perancangan, semuanya mcm slow.

Projek yg dah siap pun bnyk yg tak boleh berfungsi seperti di rancang. Projek2 baru pun bnyk, tp pemantauan agak lemah smpi delay lama. Sistem loji sediada pun dah bnyk yg uzur & tidak diselenggara dgn baik, alasan takde 'pitih'.

Hari2 mereka yg terjejas merana mengharapkan bekalan air melalui lori tangki yg sememangnya tak cukup. Lawatan aduan pun bukan utk selesaikan masalah, lebih pada utk tenangkan rakyat yg merana dek masalah bekalan air yg tak pernah selesai.
 

Rakyat boleh gali telaga tanpa perlu mohon lesen​

April 21, 2021
zawawi-1-696x391.jpg

KOTA BHARU: Sebanyak tujuh notis dikeluarkan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan kepada pemilik premis perniagaan yang menggunakan sumber air bawah tanah.

Advertisement

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, langkah itu dilakukan bagi menguatkuasakan Enakmen Sumber Air Kelantan 2019.

Katanya, kebanyakan notis itu dikeluarkan melibatkan premis dobi dan pusat cuci kereta di Kota Bharu yang sudah dimaklumkan mengenai pelaksanaan peraturan tersebut.

“Surat yang tular itu juga tidak lengkap, hanya ada tajuk, alamat premis tiada, jadi sehingga kini kita keluar tujuh notis kepada pemilik terbabit.

“Kita hantar notis ini untuk maklumkan permohonan Lesen Abstraksi Air Tanah yang diviralkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di Pejabat Adun Pasir Tumboh hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan, Wan Asma Suhana Wahida Wan Deraman.

Semalam diviralkan di media sosial dengan mendakwa rakyat Kelantan yang menggali telaga dan boring air boleh didakwa di mahkamah kerana tidak memiliki lesen.

Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumboh berkata, sehingga sekarang sebanyak 50 agensi kerajaan dan swasta mempunyai lesen termasuk Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu katanya, menggunakan sepenuhnya air bawah tanah yang dirawat di Loji Rawatan Air untuk diagihkan kepada penggunanya.

Selain itu kata beliau lagi, kerajaan negeri kini berusaha untuk mengenakan caj berpatutan kepada premis komersial dan pusat peranginan yang menggunakan air bawah tanah.

Beliau berkata, tujuan lesen itu dilaksanakan bagi mengenal pasti lokasi air bawah tanah, memastikan sumber air terbabit tidak tercemar serta menjaga kelestarian alam.

“Anak syarikat kerajaan negeri, AKSB sendiri membayar kira-kira RM1.8 juta setahun yang bergantung kepada pertimbangan kerajaan negeri dan projek hidro elektrik di Jeli RM9 juta setahun.

“Lesen ini berkaitan dengan penggunaan komersial sahaja, tetapi bagi kegunaan domestik, rakyat boleh gali dan bina telaga tanpa izin untuk mandi, basuh dan minum,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/4/2021
 
Back
Top
Log in Register