BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

يوسفاريزال يوسف​

1j ·

Antara usaha penambahbaikkan bagi mengatasi masalah air di Kelantan. Semoga bermanfaat untuk rakyat Kelantan yang telah lama mengalami masalah air.

Dato' Nik Amar​

19j ·

Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok yang dalam fasa percubaan operasi ini akan memulakan operasi sebenarnya dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan KKM.

Projek bernilai RM45.5 juta ini terletak cuma 4 kilometer dari rumah saya.

LRA Telok ini mampu membekal 30 juta liter sehari air bersih terus ke Tangki Air Kemumin yang kemudiannya menyalurkan kepada pengguna di Sabak, Panji, Jalan Maktab, Kemumin dan Kota Jembal. Projek ini turut menyediakan sebuah tangki air.

Terima kasih UPKN atas gambar dan liputan semasa ini.

Saya harap, beberapa LRA dan projek pembangunan air di seluruh Kelantan yang pesat diusahakan dalam setahun ini didokumentarikan sebaiknya.

Dengan sokongan rakyat, agensi negeri dan persekutuan, kita mampu melakar sejarah usaha pembangunan air terbesar di Kelantan bersama-sama.

#PanchorPrihatin #KelantanSejahtera

1629256850923.png

237704578_4003874383075323_7495863298342635391_n.jpg

236994986_4003874376408657_2700564631239963227_n.jpg

236918641_4003874396408655_2193727601410335452_n.jpg

236832388_4003886356407459_7188688634324946868_n.jpg
 
Last edited:
Pasca merdeka

[VIDEO] Mok Wan seksa ‘punggah’ air telaga setiap hari

PASIR MAS: “Penat, tak ada air… Seksanya nak kena kara (menimba) air telaga.”

Itu antara keluhan wanita digelar Mok Wan dalam klip video yang tular dalam Facebook, baru-baru ini memaparkan kegigihan dia menimba air perigi sebelum membawanya sejauh 20 meter masuk ke rumah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mok Wan atau nama sebenarnya, Asiah Awang, 50, berkata, ‘aksi’ dia mengerah kudrat menimba dan memunggah baldi berisi air dari perigi untuk kegunaan harian bukan dibuat-buat.

KEADAAN Asiah Awang atau Mok Wan yang gigih menimba air perigi di Pasir Mas, Kelantan. – VIDEO/YATIMIN ABDULLAH

Sebaliknya, kata Asiah, rutin ‘perit’ itu terpaksa ditempuh keluarganya dan penduduk sekitar Kampung Bakong, Meranti, di sini hampir setiap hari kerana kawasan tersebut kerap berdepan gangguan bekalan air bersih.

Malah, katanya, gangguan itu semakin kronik ketika sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini menyebabkan dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada perigi lama yang terletak di belakang rumah.

“Saya perlukan air lebih banyak jika mahu cuci pakaian, jadi, terpaksalah saya berulang-alik acap kali bagi memunggah air dari perigi. Dengan kudrat kita orang perempuan, memang seksa, tetapi, mujurlah ada seorang anak lelaki membantu.

“Anak saya, Zul Irwan Hakimi Zakaria, 29, sebenarnya menghidap penyakit paru-paru, tetapi, dia kuatkan diri semata-mata tidak sanggup melihat ibunya bersusah payah setiap hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Asiah memberitahu, gangguan bekalan air di Kampung Bakong bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga dia sudah menjadikan aktiviti menimba dan memunggah air sebagai rutin wajib dua kali sehari.

“Sebelah petang, lepas Asar, saya akan mula memunggah untuk kegunaan pada waktu malam. Kemudian, pagi esoknya, punggah air lagi untuk kegunaan tengah hari pula.

“Kami juga terpaksa berjaga lewat malam semata-mata untuk menadah air dari paip kerajaan (AKSB) kerana bekalan air biasanya pulih tengah malam. Kalau siang, boleh dengar deruan angin sahaja keluar dari kepala paip,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Adam, 64, mengakui berdepan masalah sama sejak sekian lama sehingga dia dan keluarganya terpaksa mencari pelbagai alternatif lain bagi mendapatkan bekalan air bersih.
 

يوسفاريزال يوسف​

1j ·
https://www.facebook.com/yusfarizal.yussoff/posts/10225456035735392?__cft__[0]=AZWcNVqDfAThxgTrAGW3clQWLS7bfAc6WnQTVP_GM0NNLKlnZLD2AFxXM7UGAolaqZlSHEDBo_kwD75jq__B2Kx3pwHNg77l1vVJhPzlZBI-CWkh-NwFTSJOPAjvo3B8St2ef7qgRqQW4WdtF0dZGmlqU3DORF1-sTVUrXMNtG0Z2qBwhl4k5Mr0xNXHyPuMjr1lb1w9Dk7HYXdGUifJZ0j2&__tn__=,O,P-R
Antara usaha penambahbaikkan bagi mengatasi masalah air di Kelantan. Semoga bermanfaat untuk rakyat Kelantan yang telah lama mengalami masalah air.

Dato' Nik Amar​

19j ·
https://www.facebook.com/#
Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok yang dalam fasa percubaan operasi ini akan memulakan operasi sebenarnya dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan KKM.

Projek bernilai RM45.5 juta ini terletak cuma 4 kilometer dari rumah saya.

LRA Telok ini mampu membekal 30 juta liter sehari air bersih terus ke Tangki Air Kemumin yang kemudiannya menyalurkan kepada pengguna di Sabak, Panji, Jalan Maktab, Kemumin dan Kota Jembal. Projek ini turut menyediakan sebuah tangki air.

Terima kasih UPKN atas gambar dan liputan semasa ini.

Saya harap, beberapa LRA dan projek pembangunan air di seluruh Kelantan yang pesat diusahakan dalam setahun ini didokumentarikan sebaiknya.

Dengan sokongan rakyat, agensi negeri dan persekutuan, kita mampu melakar sejarah usaha pembangunan air terbesar di Kelantan bersama-sama.

#PanchorPrihatin #KelantanSejahtera

1629256850923.png

237704578_4003874383075323_7495863298342635391_n.jpg

236994986_4003874376408657_2700564631239963227_n.jpg

236918641_4003874396408655_2193727601410335452_n.jpg

236832388_4003886356407459_7188688634324946868_n.jpg

45juta kos.. adui.. patut setel lama da
 
Kelantan harap manfaat Agenda Transformasi Sektor Air 2040


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap rakyat negeri itu akan turut mendapat manfaat dan kepentingan daripada peruntukan RM25.8 bilion menerusi Agenda Transformasi Sektor Air 2040, seperti diumum dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan kerajaan Persekutuan bagi menambah baik liputan dan perkhidmatan air sekali gus menjamin bekalan air secara mampan selain meningkatkan kecekapan pengurusan air, mengoptimumkan potensi bagi menjana kekayaan, serta mewujudkan peluang pekerjaan.

"Peruntukan yang diberikan kerajaan itu adalah satu nilai yang besar, jadi saya berharap akan ada kepentingan rakyat Kelantan menerusi peruntukan berkenaan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Selain itu, Ahmad juga menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang prihatin dengan meletakkan Kelantan di antara enam negeri yang akan diberi perhatian dalam RMK-12.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpuas hati kerana Kelantan di antara negeri-negeri yang disebut Perdana Menteri ketika pembentangan RMK-12.

"Ianya menunjukkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk terus memberikan keutamaan kepada Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan.

"Kita sangat berpuas hati dengan pembentangan RMK-12 dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak meminggirkan Kelantan yang kurang membangun dan termasuk dalam lima negeri lain iaitu Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak serta Terengganu," katanya.
 
Perbezaan politik faktor bekalan air Kelantan ketinggalan

October 13, 2021

Oleh ASLANI M

KUALA LUMPUR: Perbezaan ideologi politik antara kerajaan Kelantan dan Pusat sebelum ini menjadi antara faktor prasarana bekalan air di negeri itu agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Senator Mohd Apandi Mohamad, ketika mendedahkan perkara itu di Dewan Negara, hari ini, berkata Kelantan diterajui parti yang berbeza daripada Kerajaan Pusat sejak 1990.


Katanya, perbezaan politik menyebabkan usaha kerajaan negeri untuk membangunkan prasarana air kurang mendapat kerjasama Kerajaan Pusat ketika itu.


“Hanya pada 2001, kerajaan Kelantan diberi pinjaman mudah sebanyak RM600 juga bagi meningkatkan projek bekalan air.

“Cuba bayangkan dalam tempoh kira-kira 11 tahun, Kelantan terpinggir daripada mendapatkan bantuan kewangan bagi membangunkan kemudahan bekalan air untuk keperluan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya bantuan dalam bentuk pinjaman mudah itu bukan diberi sekali gus, sebaliknya dalam tempoh lima tahun seolah-olah seperti Rancangan Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan perkiraan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), sepatutnya sebanyak RM120 juta diberi setiap tahun daripada jumlah pinjaman tersebut.

Namun, kata beliau ia tidak berlaku seperti dirancang, di mana ada ketikanya Putrajaya mengagihkan hanya RM60 juta setahun sehingga menyukarkan pelaksanaan projek yang sudah dirancang.

“Apa yang berlaku itu tidak hairanlah Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain bagi meningkatkan projek bekalan air.

“Sebaliknya, negeri-negeri lain diberi bantuan dalam bentuk geran, namun Kelantan diberi pinjaman dalam bentuk faedah rendah yang perlu dibayar kembali,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12.

Perbahasan pemimpin dari Jeli itu turut menarik perhatian Senator Muhammad Zahid Md Arip yang mencelah bagi mengetahui perkembangan projek bekalan air di Kelantan sekarang.

Mohd Apandi berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut sebagai ingatan kepada semua, supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Sekarang masalah seperti itu tidak berlaku lagi memandangkan kerajaan negeri dan Pusat selari ideologi politik.

“Malah kita mahu politik matang diamalkan tanpa mengira negeri diterajui pembangkang atau tidak,” ujarnya.

Menurutnya juga ketika pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jeli pada 1999, beliau pernah melawat beberapa negara asing.

Katanya, berdasar perjumpaan dengan Ahli Parlimen di negara-negara terbabit, kerajaan memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya sudah lama mengimpikan untuk melihat lahirnya budaya politik matang di negara kita. Alhamdulillah, sekarang ia menjadi kenyataan di bawah Perdana Menteri Ke-9,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 13/10/21
 

يوسفاريزال يوسف​

1j ·

Antara usaha penambahbaikkan bagi mengatasi masalah air di Kelantan. Semoga bermanfaat untuk rakyat Kelantan yang telah lama mengalami masalah air.

Dato' Nik Amar​

19j ·

Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok yang dalam fasa percubaan operasi ini akan memulakan operasi sebenarnya dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan KKM.

Projek bernilai RM45.5 juta ini terletak cuma 4 kilometer dari rumah saya.

LRA Telok ini mampu membekal 30 juta liter sehari air bersih terus ke Tangki Air Kemumin yang kemudiannya menyalurkan kepada pengguna di Sabak, Panji, Jalan Maktab, Kemumin dan Kota Jembal. Projek ini turut menyediakan sebuah tangki air.

Terima kasih UPKN atas gambar dan liputan semasa ini.

Saya harap, beberapa LRA dan projek pembangunan air di seluruh Kelantan yang pesat diusahakan dalam setahun ini didokumentarikan sebaiknya.

Dengan sokongan rakyat, agensi negeri dan persekutuan, kita mampu melakar sejarah usaha pembangunan air terbesar di Kelantan bersama-sama.

#PanchorPrihatin #KelantanSejahtera

1629256850923.png

237704578_4003874383075323_7495863298342635391_n.jpg

236994986_4003874376408657_2700564631239963227_n.jpg

236918641_4003874396408655_2193727601410335452_n.jpg

236832388_4003886356407459_7188688634324946868_n.jpg
Habih org keliling tu buang pam air boring....air dah xde dlm tanah...dulu ada la jugak boleh pkai air dlm tanah (boring-kata org kelate)....sekarang semua penduduk sekitar kena pkai air kelantan....mslhnya, air kelantan pn x elok jygak...kena beli sedimen filter dgn pam utk filter karat air kelantan...kawan aku dok x jauh dari loji ni...mmg merapak cari duit....x silap habis RM 1.6 k utk masuk air yg mana paip ada dah dpn rmh...org yg xde paip dpn rmh, kena top up lagi lagi la RM utk tarik paip sampai dpn rmh...gilo punya kijoan ore pas...takdirrrr!
 
Last edited:
Air di kelantan, dulu basuh baju air warne kuning dan berbau, tapi itu je yg ade, alhamdulillah.

Patutnye kemudahan asas seperti air ni jadi perkara yg sangat utama untuk rakyat, semoga cepat selesai isu air kelantan...
 
Back
Top
Log in Register