BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Markas maksiat warga Afrika diserbu

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_07.1.jpg

PUSAT hiburan di Giza Damansara, Kota Damansara yang menjadi tumpuan warga Afrika berpesta minum minuman keras diserbu semalam.

PETALING JAYA - Keseronokan lebih 30 warga Afrika berpesta minuman keras bersama pasangan masing-masing terhenti apabila sebuah pusat hiburan yang disyaki menjadi sarang maksiat warga asing di Giza Damansara, Kota Damansara itu diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan pada pukul 4.30 pagi itu menjadi kecoh apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dan polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dimaki-hamun warga asing itu yang enggan menunjukkan dokumen mereka untuk diperiksa.

"Terdapat dalam kalangan warga asing itu terutamanya wanita bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka cuba diperiksa.

"Malah seorang daripada wanita warga asing itu turut berpura-pura pengsan untuk melepaskan diri daripada diperiksa," kata Pegawai Penguat Kuasa Imigresen, Osman Montil ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.
 
jemput la lagi ramai2.
uni swasta byk lagi kosong.
 
halau je semua....wt nyemak je...yg betul2 blaja stay...
 
Wahh Malaysia ku negara yang makmur dan aman.. berbilang kaum boleh didapti hanya di Malaysia.. Truly Asia..
 
bukan truly asia lg dah..truly africa.huk3
 
niger niger...bila korang sume nk berambus blk negara korang
 
Awang hitam ugut telefon PM

image.jpg


KOTA DAMANSARA – Bukan sahaja bertindak memaki hamun pegawai penguat kuasa dan wakil media, malah sekumpulan warga asing dari Afrika mengugut boleh membuat panggilan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelakkan mereka ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah pub di Sunway Giza, di sini, awal pagi semalam.

Keadaan bertambah jelik apabila kumpulan warga asing itu turut mempertikaikan operasi bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Selangor dan Balai Polis Kota Damansara itu.

Malah ada di antara mereka turut berpura-pura pengsan ketika ditahan bagi mengelakkan diri daripada ditahan penguat kuasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu seramai 47 warga asing diperiksa dan hasilnya 18 ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita dan 10 lelaki terdiri daripada warga Nigeria yang kebanyakannya yang datang ke pub itu untuk berhibur,” katanya.

Difahamkan, pub yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu itu sudah tiga kali dikenakan tindakan saman oleh polis kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan.

“Setakat ini mereka dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi namun namun premis itu mengingkari arahan itu dengan beroperasi sehingga jam 5 hingga 7 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Kesemua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Semenyih sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/awang-hitam-ugut-telefon-pm-1.46172
 
Back
Top
Log in Register