BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marilah Kita sama-sama Berzikir....

IMG_20231005_132658_054.jpg


BERZIKIRLAH MEMUJI NAMA-NAMA ALLAH SWT

Amalan berzikir merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.

Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram."

Ar- Ra'd: 28
 
1000759507.jpg


Berzikir Dalam Hati

Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah S.W.T dan satu sunnah yang dituntut di sisi syarak dan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya.

Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah S.A.W, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan Al-Quran dan seumpamanya.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang memperbanyakkan zikrullah menerusi lisan dan juga melalui jantung hati.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
Back
Top
Log in Register