RaraIezra
Fun Poster
- Messages
- 204
- Joined
- Oct 10, 2012
- Messages
- 204
- Reaction score
- 7
- Points
- 15
Seorang ulama besar, syeikh Abdul Kadir al-Jailani pernah berpesan agar kita sentiasa "memeriksa" diri.
Beliau berkata:
"Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.Ucapkanlah dalam hatimu,"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan mulia".
"Jika bertemu anak kecil,maka ucapkanlah dalam hatimu,"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA, tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah kedalam hatimu,"Dia telah beribadat kepada ALLAH jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan seorang yang jahil,maka katakanlah dalam hatimu, "Orang ini bermaksiat kepada ALLAH kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepada-NYA dan aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan orang kafir,maka ucapkanlah dalam hatimu, "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usianya,memeluk islam dan beramal soleh.Mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk".
Semoga ia dapat memberikan manfaat dalam melayari kehidupan ini. Begitu juga supaya kita dapat memajukan diri.
Salam petang buat semua.
Selamat menunaikan solat asar.

:-h:-h:-h

Last edited: