OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
PENGENALAN KEPADA KHOMEINI
Khomeini atau disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini yang membawa maksud Khomeini Ayat dan Ruh Allah.
Khomeini merupakan figur atau tokoh sejarah dunia yang agung dan terkenal kerana dialah pengasas Republik Islam Iran dan berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Islam Iran.
Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. Nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini. Datuknya Ahmad berasal daripada India kemudian berhijrah ke Iran pada tahun 1885 M. Bapanya mati dibunuh setahun setelah kelahirannya dan ketika dia hampir baligh, ibunya meninggal dunia. Dia dibesarkan oleh abangnya dan mendalami ajaran Syiah sehingga menjadi seorang ulama Syiah. Pada tahun 1965 M, Shah Muhammad Reza Pahlavi telah membuang Khomeini ke Turki kemudian dia meminta izin supaya dibuang ke Iraq lalu mendapat kebenaran Syah dan pemerintah Iraq. Dia tinggal di Iraq selama 15 tahun dan menjadikan Najaf sebagai tempat tinggalnya. Dia tidak melancarkan apa-apa serangan terhadap Syah Iran sehinggalah tahun 1968 M apabila Parti Baath memerintah Iraq. Parti Baath mengalu-alukan para penentang Syah Iran dan Khomeini diberi kedudukan istimewa sehingga dia diberi slot radio tersendiri untuk mengembangkan idea revolusinya.
Kerajaan Iraq memberikan Khomeini kebebasan dan keistimewaan sehingga permohonannya supaya hukuman mati terhadap Syed Hasan Syirazi ditarik balik turut diperkenan kerajaan Revolusi Iraq. Bahkan Saddam Husein selaku Timbalan Ketua Majlis Revousi Iraq menerima permohonan tersebut.
Kemudian, dia cuba untuk berpindah ke Kuwait setelah kerajaan mengenakan sedikit sekatan ke atasnya tetapi kerajaan Kuwait enggan membenarkan lalu kerajaan Iraq berkenan untuk menerimanya kembali.
Pada tahun 1978 M, Khomeini meninggalkan Iraq lalu pergi ke Paris dan menetap di sana sehinggalah kejatuhan Syah Iran pada tahun 1979 M. Apabila jatuhnya Syah Iran, Muhammad Reza Pahlavi, Khomeini diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar). Pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.
AKIDAH KHOMEINI
Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.
Khomeini dalam menjalankan pemerintahan berteraskan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah imam Syiah ke-12 yang kononya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. Berikut beberapa pandangan akidah Khomeini :
PERTAMA : WILAYATUL FAQIH
Konsep wilayatul faqih bermaksud, Ruhbar yakni Pemimpin Tertinggi Iran adalah wakil kepada Imam ke-12 yang ghaib dan hendaklah wakil ini daripada kalangan ulama dan maraji’ Syiah.
Konsep ini adalah warisan daripada Dinasti Safawiah iaitulah kerajaan Syiah Iran yang pertama dan sekaligus kerajaan Syiah Imamiah yang pertama di atas muka bumi di mana Syah Ismail al-Safawi mengisytihar dirinya sebagai wakil Imam Ghaib. Akidah ini membolehkan pemerintah yakni al-Faqih tadi berbuat sesuka hati tanpa ditentang kerana menurut Khomeini, al-Faqih ini memiliki Ilmu yang sempurna dan Keadilan yang mutlak. Berkata Khomeini :
لو قام الشخص الحائز لهاتين الخصلتين بتأسيس الحكومة تثبت له نفس الولاية التي كانت ثابتة للرسول الأكرم – صلّى الله عليه وآله وسلّم -، ويجب على جميع النّاس إطاعته
Maksudnya : “jikalau bangun seseorang yang cukup dua perkara ini (ilmu dan adil) dengan mendirikan kerajaan maka sabit baginya kekuasaan yang sama yang sabit bagi Rasul yang paling mulia s.a.w dan wajib atas sekalian manusia mentaatinya”. [al-Hukumah al-Islamiah, 80].
Akidah ini adalah kufur kerana menyamakan ‘kekuasaan’ Faqih dengan ‘kekuasaan’ Rasul sedangkan menurut Islam, pemerintah selepas Rasul itu hanya sama daripada segi tugas bukan kekuasaan kerana Rasul berhak menghalal dan mengharamkan adapun pemerintah hanya memastikan manusia mengikut undang-undang yang telah Allah dan Rasul-Nya tetapkan.
Melalui konsep ini, Khomeini meletakkan dirinya sama dengan Rasul dan Imam-imam Syiah dalam kekuasaan walaupun tidak sama dari segi kedudukan dan martabat. Oleh itu, terdapat beberapa ulama Syiah sendiri menentang konsep ini.
KEDUA : IMAM SYIAH DAN KEDUDUKAN MEREKA
Berkata Khomeini :
من ضروريات مذهبنا أنه لا يصل أحد إلى مراتب الأئمة – عليهم السّلام – المعنوية. حتى الملك المقرّب، والنّبي المرسل.
Maksudnya : “termasuk perkara daruri mazhab kita (Syiah) bahawa sesungguhnya tidak ada seorang pun yang boleh mencapai martabat Imam-imam ‘alaihimussalam secara maknawi bahkan Malaikat yang hampir dengan Allah dan Nabi yang diutuskan pun (tidak akan sama dengan Imam Syiah)”. [al-Hukumah al-Islamiah, 84].
Menurut Khomeini, Imam-imam syiah adalah lebih hebat daripada Nabi-nabi dan para Rasul serta Malaikat. Akidah ini merupakan akidah umum Syiah Imamiah sebagaimana yang disebut dalam kitab agung mereka Usul al-Kafi :
قال أبو عبد الله » أن عندنا والله سرا من أسرار الله وعلما من علم الله، والله ما يحتمله ملك مقرب ولا نبي مرسل«
Maksudnya : “Berkata Abu Abdullah (yakni Jaafar al-Sadiq) : Sesungguhnya di sisi kami (yakni para Imam Syiah) rahsia daripada rahsia-rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu-ilmu Allah, demi Allah, tidaklah dibawa (yakni rahsia dan ilmu ini) malaikat yang dekat (dengan Allah) dan Nabi yang diutuskan (Rasul)”. [al-Kafi, 1/331, Kitab al-Hujjah].
Akidah ini adalah kufur kerana Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat mengkafirkan Ibn Arabi al-Sufi apabila dia mengatakan Wali lebih afdal daripada Nabi sedangkan Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat : ‘Seorang Nabi lebih afdal (utama) di sisi Allah daripada sekalian wali’ [Syarh al-Tahawiah, 1/504 dan selepasnya].
KETIGA : RUBUBIAH PARA IMAM
Akidah Syiah Imamiah percaya Imam mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Tuhan dalam mentadbir ‘alam ini. Ini merupakan kekufuran yang lebih daripada kekufuran Abu Lahab dan Abu Jahal. Berkata Khomeini :
إذ للإمام مقامات معنوية مستقلة عن وظيفة الحكومة. وهي مقام الخلافة الكلية الإلهية التي ورد ذكرها على لسان الأئمة – عليهم السّلام – أحياناً. والتي تكون بموجبها جميع ذرات الوجود خاضعة أمام “ولي الأمر”.
Maksudnya : “ini kerana bagi imam itu kedudukan-kedudukan maknawi yang tersendiri terpisah daripada tugasan pentadbiran iaitulah keududukan Khilafah yang menyeluruh bersifat ketuhanan yang sabit penyebutannya daripada Imam-imam dan yang dengannya sekalian zarrah yang wujud tunduk kepada Waliyyul Amri (Imam)”. [Al-Hukumah Al-Islamiah, 84].
Perkataan Khomeini ini merujuk kepada akidah Syiah dalam Kitab al-Kafi :
أَ مَا عَلِمَتْ أَنَّ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةَ لِلْإِمَامِ يَضَعُهَا حَيْثُ يَشَاءُ وَ يَدْفَعُهَا إِلَى مَنْ يَشَاءُ جَائِزٌ لَهُ ذَلِكَ مِنَ اللَّهِ
Maksudnya : “tidakkah engkau tahu bahawa dunia dan akhirat itu untuk Imam, dia mengurusnya sekehendaknya dan dia memberinya kepada sesiapa yang dia hendaki harus baginya daripada Allah”. [Kitab al-Kafi bi Tahqiq al-Majlisi wal Bahbudi, 4/350, m.s 409].
Dalam Biharul Anwar dinyatakan :
عن أبي عبد الله قال « والله لقد أعطينا علم الأولين والآخرين. فقيل له: أعندك علم الغيب؟ فقال له: ويحك! إني لأعلم ما في أصلاب الرجال وأرحام النساء»
Maksudnya : Daripada Abu Abdullah (Jaafar al-Sadiq) katanya : “Demi Allah telah diberi kepada kami (yakni para Imam Syiah) ilmu golongan terdahulu dan terkemudian”. Maka ditanya kepadanya : Adakah kamu mempunyai ilmu ghaib? Maka jawabnya : “Cis kamu! Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada dalam sulbi lelaki dan rahim wanita”. [Bihar al-Anwar, 27/26].
Akidah ini jelas kufur kerana menyandarkan hak tasarruf dalam kerajaan Allah kepada makhluk dan mendakwa ilmu ghaib berada pada makhluk.
Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 26 :
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا
Maksudnya :“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya” .
Dan firman-Nya dalam surah Luqman ayat 34 :
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya : “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya” .