BTC USD 81,458.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari join mlm abtaufan tv3 !

Currently Active Users Viewing This Thread: 174 (18 members and 156 guests)
gabra, mrlan09, muhdy, fadzlyariff, puteh_linux, yazidane, mns9178, adamma, denggi, ShoppeDirect, car_they, kay ee, inseniorshah, nawzam, bazsh, ayed_arebone, maxbiz77

Harap-harap yang menonton dan yang diforum ini
akan jadi penggerak untuk sedarkan masyarakat
kita terutama orang Melayu.

Beranikan lah diri untuk menegakan kebenaran
jangan biarkan mereka tenggelam. Jangan kita mudah
tunduk dengan apa sahaja kata-kata mereka.

:)paid:)paid
 
baru je abis tgk cter ni td...huhuhu...
ALhamdulillah skrg ni org kita dah celik dah tentang pelaburan internet skrg ni...
pada siapa2 yg 'miss' tgk, ni ha sinopsis cter dia...

SAHAM NERAKA AB TAUFAN TV3 Cerekarama
ab taufan
rawk !
hoyeah
mlm budus

KEGHAIRAHAN orang ramai untuk menjadi orang kaya baru menerusi skim cepat kaya, membuatkan mereka kerugian besar.
Namun ramai yang masih belum serik dan terus mencuba nasib.
Daripada apa yang terjadi kepada mereka yang teraniaya selepas menjadi mangsa skim cepat kaya memberi ilham kepada Erma Fatima menerbitkan drama Saham Neraka yang ditulisnya sendiri.

Drama itu dilakonkan Datuk Jalaludin Hassan (Pak Halim), Hamidah Wahab (Jamilah), Ahmad Tamimi Siregar (Hamdan), Akim AF ( Rozmi) dan Erma sendiri yang memegang watak Senah. Saham Neraka digamatkan dengan kemunculan watak pembantu Enot (Zakiah), Anne Abdullah (Hawa), Jue Aziz (Juita), Hasnah Hashim (Munah), Nizen Mikail (Farid) dan Mohd Isfan Johar (Wan).

Karya yang diterbitkan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Sabtu ini, jam 10 malam.

Menurut Erma, cerita ini diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati membuat pelaburan.

"Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya melainkan bekerja keras. Sudah terlalu banyak cerita orang kena tipu kerana masuk skim cepat kaya. Memang betul cepat kaya namun cepat pula kena tipu sehingga terpaksa menjual segala harta yang ada," katanya.

Saham Neraka mengisahkan keluarga Pak Halim, isterinya, Jamilah dan anak mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pada mulanya Pak Halim tidak berminat bermain saham kerana duit saham adalah riba. Senah kawan Jamilah cuba memujuk Pak Halim sekeluarga bermain saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan. Rozmi yang masih belajar di universiti turut bermain saham bersama rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Dalam pada itu Senah dan suaminya Hamdan terus memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka berdua. Akhirnya Senah dapat memujuk Jamilah, tetapi Pak Halim tetap berdegil. Dengan duit saham yang mereka dapat, Senah dan Hamdan beli kereta serta perabot baru membuatkan Jamilah semakin cemburu. Rozmi pula pulang ke rumah kerana bercuti dan ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim mula faham dan berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Ramai orang yang memasuki di bawah Pak Halim. Senah dan Hamdan pula cemburu kerana pelanggan dia semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim. Dalam pada itu Rozmi kantoi dengan pensyarahnya kerana bermain saham di universiti. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda lalu mereka meminjam RM30,000 daripada ceti. Untuk mengetahui apa yang terjadi pada Pak Halim, jangan lupa saksikan Saham Neraka.

sumber: http://rajacopypaste.blogspot.com/2010/07/saham-neraka-ab-taufan-tv3-cerekarama.html
 
Kalau dahulu memang terang-terang kebanyakan
program sebegini menamakan program mereka adalah
pelaburan tetapi sekarang ini mereka tukar atas nama
MLM. Cuma pakai topeng MLM, yang merosakan MLM sebenar.

Kebanyakan program di seksyen Non-MLM Local Registered
Companies menjalankan skim sebegini. Yang jelas ialah
mana-mana program yang ketara plan nya overpay.

Tetapi memang sukar untuk kita memberikan penjelasan pada
mereka yang terlibat kerana mereka orang Melayu.
Orang Melayu hebat, pahlawan, degil dan tidak mudah
tunduk kepada perasaan ego yang paling tinggi sekiranya
ditegur kesilapan atau kesalahan mereka oleh Melayu yang lain.
 
Rasa program "AFFILIATE" pun skrang lbh kurang mcm skim piramid... Yg pasti penaja awal yg dpt untungnya...
 
plg suka ngn watak makcik yg nk tgok point je memanjang tuh..
 
duit riba mana bleh bt makan..jap lagi dia lagi truk.
 
Rasa program "AFFILIATE" pun skrang lbh kurang mcm skim piramid... Yg pasti penaja awal yg dpt untungnya...

Memang benar. Sistem affiliate sebenar bukan piramid.
Ia lebih kepada trading agent tetapi sekarang istilah
affiliate juga tidak terlepas dari penaja skim-skim sebegini.
 
Memang benar. Sistem affiliate sebenar bukan piramid.
Ia lebih kepada trading agent tetapi sekarang istilah
affiliate juga tidak terlepas dari penaja skim-skim sebegini.

terima kasih atas maklumat ini
 
Back
Top
Log in Register