BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mari bermain dan bersukan

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Peraturan bersukan dalam Islam


1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti gusti antara binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga-lagakan binatang. (Hr Abu Daud – daif).


2. Pakaian yang menutup aurat. Bagi Wanita pakaian tersebut tidak ketat dan jarang sehingga menampakkan bentuk badan


3. Tiada unsur perjudian dalam permainan. Setiap peserta harus mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.


4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:


“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)


5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:

لا ضرر ولا ضرار


Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang merosakkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)


6. Tidak ada percampuran jantina dalam sukan.

Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)


7. Sukan wanita yang "seksi" bagi lelaki seperti berenang hendaklah tidak wajar ditonton oleh lelaki di television secara langsung atau tertunda.

Dr Yusuf Qardawi menyatakan:


“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya.

Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”


 
Back
Top
Log in Register