bujanglapok
Active+ Member
- Messages
- 3,272
- Joined
- Aug 20, 2008
- Messages
- 3,272
- Reaction score
- 74
- Points
- 30
Assalaamualaikum...
Maksud Hadith
“Apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara: SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT & ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN KEDUA IBU BAPANYA”
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP ingin memberi peluang kepada masyarakat untuk turut menyumbang dan bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui program-program kebajikan yang akan memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.
Bagi tujuan tersebut, Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP diwujudkan untuk menghimpunkan seberapa banyak dana dari orang ramai dan organisasi seluruh Malaysia untuk bersama membantu golongan yang dimaksudkan melalui sumbangan ikhlas.
Melalui Unit Kemasyarakatan, segala sumbangan yang dikumpulkan melalui tabung ini akan dimanfaatkan untuk program-program dan aktiviti-aktiviti berikut:-
1. Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin
- Sumbangan bayaran sewa premis pusat jagaan anak yatim/miskin sekitar Kuala Lumpur
- Progam tajaan iftar/sahur sepanjang bulan Ramadhan
- Program pembelian pakaian baru Hari Raya Aidil Fitri dan wang saku menyambut lebaran
- Program motivasi dan pembinaan akhlak remaja
- Program lawatan akademik ke tempat-tempat menarik
- Program pembelian pakaian sekolah untuk musim baru persekolahan
2. Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa
- Disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan peperangan di negara-negara terbabit sama ada secara terus atau melalui NGO yang mempunyai keupayaan untuk menyalurkan terus bantuan kepada golongan sasaran.
3. Pembiayaan Rawatan Hemodialisis
- Tajaan kos rawatan kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan di Pusat Dialisis PPZ-MAIWP.
4. Tajaan Program Imarah Surau/Masjid
- Tajaan aktiviti-aktiviti yang boleh mengimarahkan surau/masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Tajaan Program Islami untuk Persatuan Pelajar Luar Negara
- Sumbangan kepada program-program yang melibatkan pelajar-pelajar Islam Malaysia di luar negara.
Tajaan/sumbangan terbuka boleh dibuat melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP dan tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek. Tajaan/sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan wang “on-line” ke akaun Maybank bernombor 564098205668 . Sila cetak resit pemindahan wang, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon sebelum difakskan ke 03-92005589, untuk perhatian Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ.
Kami juga mengalu-alukan penglibatan para penaja/penderma untuk turut sama di dalam mana-mana aktiviti yang disumbangkan untuk melihat sendiri bagaimana dana tabung ini dimanfaatkan. Laporan tahunan program Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP ini juga akan diedarkan kepada semua penaja/penderma sebagai bukti transparensi dalam pengurusan dana kebajikan ini.
Besarlah harapan kami agar pelancaran Tabung Kebajikan PPZ-MAIWP ini mendapat sambutan baik. Mudah-mudahan tajaan/sumbangan kita akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pemberitahuan, sila hubungi Encik Amran Hazali, Ketua Unit Kanan Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ-MAIWP di talian 03-92895757 atau 013-3335585 atau e-mailkan ke alamat [email protected].
Yang benar,
HAJI MOHD RAIS HAJI ALIAS
PENGURUS BESAR PPZ-MAIWP