BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari Belajar Microsoft Office Excel

sumif bro..cer cerita..camna nak buat autosum utk currency yang ada simbol di depan..puas dah aku buat..tp x jadi..huuuhuuu

maksud bro ada simbol $?symbol sama je kan?
boleh je aku buat..kat result cells set la custom format symbol $ kat depan..
ke camne maksud bro?kalau ada contoh lagi cantek..
 
ok gak thread ni...

camne nak buat sijil pakai excel...kira mcm guna database la..klik jer...keluar terus nama dan ic or surat beranak..or pendapatan..
 
ok gak thread ni...

camne nak buat sijil pakai excel...kira mcm guna database la..klik jer...keluar terus nama dan ic or surat beranak..or pendapatan..


Step 1
Buka templete sijil dalam ms word.

Step 2
Letak cursor di ruang kosong untuk bubuh nama.

Step 3
Klin main tabs "mailings" kemudian "select recipients"

Step 4
Pilih "use existing list" kemudian bukak file excel yang mengandungi senarai nama peserta.

Step 5
Jika, file nama peserta ada dalam "sheet1" pilih "sheet1" dsb jika berbeza, klik OK.

Step6
Klik sub-tab "insert merge field" pilih "nama" (header senarai nama)

Step 7
Klik sub-tab "preview results" (nama pertama akan muncul), boleh buat semakan dengan menekan butang "play" (no 1 untuk senarai pertama dan seterusnya)

Step Akhir
Pilih sub-tab "finish & merge", klik print documents. Muncul prints record.... pilihlah senarai yang ingin di print kan, kalau senarai nama ada 20 orang tulis from "1" to "20".

Sekian.
 
Assalam otai2..

Nak bertanya, apapun rujuk gmbr dulu.

28s99mt.png


Aku skrg ni buat rekod keluar masuk pelajar.. so citenya nak buat kekerapan keluar berdasarkan kpd tarikh.. auto sum dari Kekerapan 1 (K1) dicampur K2 dan K3 sama dengan 3 kali..

Masalah skrg ni, aku x pandai buat utk letakkan Tarikh = 1. Menyebabkan aku terpaksa tukar 1 terus kerana bila letak tarikh, ia x berjaya utk autosum.

Jadi kalo TT bleh ajarkan, amatlah aku berbesar hati
 
W'salam.
Maaf saya pun tak pandai sangat tapi boleh cuba cara ini.
Saya anggap k1,k2&k3 ialah colum E,F dan G (sbb image tuan tak paparkan), Jadi anda letakkan di Colum Jumlah seperti berikut:
=COUNTA($E$3:$G$3), ianya akan kira berapa jumlah
Catatan: Tuan boleh tukar 1 kepada tarikh yg dikehendaki cth 1.4.2014, 5.6.2014)
 
Last edited:
Salam semua Otai, Mohon pencerahan kepada masalah excel yang saya sertakan ini.http://prntscr.com/4o7dg3 Minta tunjuk ajar daripada yang pakar agar masalah saya dapat diselesaikan. Terima kasih
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register