BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mapim kecam artikel pro Israel

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg


SUNGAI PETANI - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam tindakan sebuah portal menyiarkan artikel pro Israel yang boleh menggugat keselamatan negara.

Naib Presiden Mapim, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, artikel berkenaan disifatkan melanggar etika kewartawanan dan berniat jahat terhadap rakyat tempatan.

“Adakah tiada suatu badan yang mengawal berita atau editornya tiada panduan untuk menyiarkan artikel atau laporan yang baik untuk negara dan rakyat? Macam tangkap muat, sebarang artikel dihantar penulis akan terus disiarkan. Adakah portal itu bersetuju dengan kenyataan dalam artikel tersebut? Ini persoalan yang timbul,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Mapim turut mendesak agar portal itu memohon maaf dan mengakui kesilapan dalam laporan tersebut, bukan sekadar menarik balik artikel selepas disiarkan.

“Mapim minta pihak berkuasa siasat penulis artikel ini kerana telah menyentuh isu keselamatan negara serta berbohong kepada dunia berkaitan pendirian sebenar kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Ini kenyataan palsu yang boleh menjejaskan kredibiliti rakyat Malaysia kerana kerajaan kita sentiasa menyokong hak rakyat Palestin,” katanya.

Tambahnya, siasatan juga perlu dibuat ke atas penulis kerana tulisannya telah menjejaskan polisi luar negara, sedangkan negara ini mempunyai pendirian tegas menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada 21 Disember lalu, seorang penulis menulis artikel bertajuk One Malaysian, standing with Israel di mana tulisannya disiarkan dalam sebuah portal tempatan.

Walaupun telah ditarik balik, namun artikel itu telah tular dalam beberapa portal luar negara termasuk di www.israelnationalnews.com.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mapim-kecam-artikel-pro-israel-1.778798
 
ramai ja rakyat malaysia ni menyokong israel... mapim ni byat buat tak tahu...
sokongan pd palestin hanya di kalangan masyarakat melayu... kaum. lain menyampah dgn isu ni
 
ramai ja rakyat malaysia ni menyokong israel... mapim ni byat buat tak tahu...
sokongan pd palestin hanya di kalangan masyarakat melayu... kaum. lain menyampah dgn isu ni

Aku pun dah bosan dengan isu israel-palastine ni.

Pada pendapat aku pemimpin palestin sendiri yang mempermain kan nasib rakyat palestin.

Sebab duit sumbanggan dari semua negara islam untuk Palestin kalau kira² agak berapa banyak?

Pemimpin palestin mewah dengan sumbangan dunia selagi isu ini berpanjangan.
 
Yang isu paling besar sekali, pemimpin 'negara Islam' pun ikut telunjuk Yahudi.
 
kalau malaysia pro israel rasanya tak mengugat keselamatan negara sebab ramai backup israel. tapi kalau malaysia pembangkang israel baru mengugat.
 
Back
Top
Log in Register