BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'manusia' sebelum adam??(part2)

puterakota

Super Active Member
Messages
5,371
Joined
Mar 2, 2011
Messages
5,371
Reaction score
47
Points
70
Klu 2: Kalendar Adam

Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.

Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:

1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.

Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!

Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.

Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.

Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).

Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.

Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.

Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!

BERSAMBUNG...
 
Last edited:
apsal sambung kat thread lain..kenapa tak sambung kat thread sama??
 
TT sains dan teknologi moden (selepas kejatuhan zaman ilmuan islam) adalah kaedah kuffar mengeluarkan umat islam/manusia dari merujuk/beriman kepada alKhalik(allah).

harap pembaca rajin2 baca kajian darwinisasi dan agama sains teknologi.

contoh. kita hari ini telah diracuni minda dengan sains teknologi sebagai bukti.
sedangkan iman dan taqwa mesti dihadapan dari segala sesuatu.
contoh: nak sesuatu perlu kerja. sedangkan alquran mengajarkan rezeki datang dari jln yang tak disangka2 melalui jln taqwa.

kesimpulan: ilmu itu penting (alquran sunnah taqwa). tapi maklumat tak semestinya benar.

p/s saya tak reti nak terangkan....
 
hmm..aku nampak macam ni.

kita yang panggil humanoid itu human/manusia.kita yang kata "mereka" adalah manusia.

berdasarkan thread ini, kalau ikutkan, maka ada kemungkinan humanoid itu adalah bukan manusia. dan ada kemungkin ini terjadi sebab dia adalah satu species dengan monyet.

maka ada kemungkinan teori TT adalah betul. iaitu memang manusia ini hanya ada adam dan keturunannya.
 
hmm..aku nampak macam ni.

kita yang panggil humanoid itu human/manusia.kita yang kata "mereka" adalah manusia.

berdasarkan thread ini, kalau ikutkan, maka ada kemungkinan humanoid itu adalah bukan manusia. dan ada kemungkin ini terjadi sebab dia adalah satu species dengan monyet.

maka ada kemungkinan teori TT adalah betul. iaitu memang manusia ini hanya ada adam dan keturunannya.

sebelum terpesong

salam..
pos ini untuk menjawab kemusykilan yang ditimbulkan melalui thread-thread berikut :

1. 'Manusia' sebelum Adam ???(part 1)

2. 'Manusia' sebelum Adam ???(part 2)


3. 'Manusia' sebelum Adam ???(last part)

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al-Qur’an Dan Pentateuch(Torah)

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Sambungan....

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT PENTATEUCH(TORAH)M


Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama.

Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):

“ The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”

Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

sambungan....

Kesimpulan

Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai isi kandungan al-Qur’an dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini. Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Qur’an yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan kebenaran al- Qur’an itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan diselewengkan.

Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jelasnya proses kejadian manusia merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Qur’an dan juga Pentateuch, cuma ia berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia ini.

rumusan TT.. 'manusia' yang dinyatakan oleh puterakota adalah makhluk lain.. kita sebagai orang islam WAJIB mengikut Al-Quran dan As-Sunnah SAHAJA. Wallahualam
 
Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:

1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.[/B]

TT salah kira
 
Back
Top
Log in Register