BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,024.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manusia mempunyai kembar jin

FAUZEY_FX

Passed Away
gem
Messages
20,671
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,671
Reaction score
847
Points
171
Berikut adalah penerangan oleh Dr Haron Din mengenai makhluk halus menurut Al-Quran & Sunnah yang ada menyentuh mengenai kewujudan qarin dan yang berkaitan dengannya.


Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.


Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:

Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah yang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya.


Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan diberikan Allah seorang jin sebagai kawan.

Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan , manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.

Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang orang yang sesat.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.

Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.

Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan
biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk
halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.

Maksudnya, di dunia ini terdiri 90% Malaikat, 9% Jin dan hanya 1% Manusia. Hebatnya kuasa Allah.

wallahua'lam
 
wahhh terima kasih TT dengan info ni
 
info yg bagus..TT...kebanyakkan org x tau pasal qorin ni...tu yg byk sgt citer yg sesat..konon2 boleh berinteraksi ngan roh laa...berdamping ngan wali songo laa.. padahal sebenarnya merekea berhubung ngan qorin... org dah mati..roh berada kat alam barzakh..xde suka2 nak keluar balik umah ke apa...dan qorin mmg exact duplicate kita dan tujuan dia menyesatkan. Rasulullah S.A.W punya qorin jer yg islam(ni ada uztaz yg citer kat aku laa, bukan aku memandai)
 
Nak bertanya, qarin tuh mmg jahat ker? klu stiap org ada qarin... tp apa pulak yg berlaku ngn org kawin ngn bunian, tuh jin jugak kan? bukan qarin ke? than kat sekolah sya dlu, ada ustad yg berkawan ngn jin, hurm... adakah salah dari sisi agama?
 
Nak bertanya, qarin tuh mmg jahat ker? klu stiap org ada qarin... tp apa pulak yg berlaku ngn org kawin ngn bunian, tuh jin jugak kan? bukan qarin ke? than kat sekolah sya dlu, ada ustad yg berkawan ngn jin, hurm... adakah salah dari sisi agama?

qarin memang jahat dan sentiasa mengajak kita lalai pada Allah. qarin ni melakukan kejahatan tanpa kita sedar sebab ia berbentuk seperti kata hati sendiri, iaitu nafsu kita sendiri. contoh dah masuk waktu solat tapi hati kita berkata " alaaa nanti laa, penat laa." atau bila kita buat maksiat kita tak rasa bersalah dan berkata " nanti nanti laa dah tua taubat". semua bisikan dan kata hati ni adalah peranan Qarin yg sentiasa mengalir dalam darah kita. pendekkata ia bersama nafsu kita.

Orang bunian pula lain, walaupun mereka ini adalah jin. ada juga pendapat mengatakan mereka ni manusia yang dighaibkan Allah.orang bunian mereka tidak berada dalam diri kita. qarin ada dalam hati kita. tu yg ahli sufi kata istana iblis dalam hati kita mesti dipecahkan dengnan zikir.

mengenai berkawan dgn jin ini adalah dilarang. apatah lagi kalau jin kafir. sedangkan jin Islam pun kita dilarang berkawan dan memohon pertolongan darinya. kerana lambat laun kita akan menerima musibah juga.
 
Nak bertanya, qarin tuh mmg jahat ker? klu stiap org ada qarin... tp apa pulak yg berlaku ngn org kawin ngn bunian, tuh jin jugak kan? bukan qarin ke? than kat sekolah sya dlu, ada ustad yg berkawan ngn jin, hurm... adakah salah dari sisi agama?

sah ke kahwin ngan orang bunian?? rsenye mcm x je?
 
Kalau kita tgk rukun Sah Berkahwin, mmg mcm xsah... sbb dia mendatangkan mudarat.. tp xtaw la...
Tuan Ahadiat, ada tak mana2 dalil yang boleh dipercayai sumbernye menerangkan pasal ikatan persahabatan manusia dan jin ni... sbb kt kg sya masih lg berlaku bende2 macam ni...
lepastuh, kalau boleh sya nak tanya sikit 1 hal... adakah haram sekalipun kalau kita membaca al-Quran bertemankan jin ni td... boleh dikatakan bertadarus dengan jin la... hurm...
 
Kalau kita tgk rukun Sah Berkahwin, mmg mcm xsah... sbb dia mendatangkan mudarat.. tp xtaw la...
Tuan Ahadiat, ada tak mana2 dalil yang boleh dipercayai sumbernye menerangkan pasal ikatan persahabatan manusia dan jin ni... sbb kt kg sya masih lg berlaku bende2 macam ni...
lepastuh, kalau boleh sya nak tanya sikit 1 hal... adakah haram sekalipun kalau kita membaca al-Quran bertemankan jin ni td... boleh dikatakan bertadarus dengan jin la... hurm...

rukun tu utk manusia..hukum perkahwinan tu tak dikira apa2 pun..serupa gak kalau manusia kawin ngan binatang..camne nk bg hukum pasal perkahwinan tu, tu dh kira perkara diluar tabi'i...yg pasti dan sangat2 pasti, sengaja berdamping dengan jin adalah dilarang dalam alquran..
 
Back
Top
Log in Register