BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mantoppppp

yang tk bestnye lepas gi sekali kena ulang ulang. Harap TT sembuh sepenuhnya.
 
telur ni aku pernah buat sendiri...aku siap boleh masukkan jarum dalam telur...aku hanya percaya kpd perubatan ruqyah al-quran sahaja

jgn cite jarum..citela masukkan botol minyak atar dlm tu ke
 
cube citer skit,,,,bape tahun dah kena...dlam cg ni bukan smua kena......post mengalahkan org pernah kena:eek::eek:

betul betul ni bro.. bg la aku cube bawak dia pergi sana ...
nanti aku bagi testimoni live kat sini...
ari tu dah g try buang..
meraung raung dia time tu.. kesian aku tgk..
ingat da ilang abis..
ni dia kata cam sakit balik..
 
Cara rawatan sihir ada pelbagai. Ada gunakan telur, gunakan tepung, gunakan gambar, gunakan nama ibu saja, macam-macam cara ada... kenapa sempitkan pemikiran anda bahawa cara rawatan itu hanya satu? Bukankah Allah itu Maha Kaya? Adakah Allah itu kedekut, tak mahu menyembuhkan hamba-hambaNYA melalui banyak jalan? Nak satu jalan jer? Sedangkan ilmu Allah itu luas, sangat luas. Ibarat kita celupkan jari ke dalam air laut, dan kita angkat kembali jari itu. Air yg tinggal di jari itulah ilmu kita. Air di laut itulah ilmu yg tak habis lagi kita gali. Banyak bukan? Jadi kenapa berfikiran singkat dan berprasangka buruk bahawa rawatan menggunakan telur ini SEMUANYA palsu?

Mungkin ada yg palsu, tapi itu bukan salah metode. Kena tengok PERAWAT itu sendiri. Metode itu sama saja untuk perawat lain. Perawat lain pun ada juga yg guna telur, tapi adilkah kita melabel semuanya sama, semata-mata kerana segelintir perawat yg menipu? Utk yg tak pernah terkena sihir, bersihkan hati anda dari mudah berprasanga, kerana sebahagian sangkaan, adalah dosa.
 
Benda ni kalau bomoh yang betul tu memang betul. Arwah atok nenek saya dulu memang pandai juga mengubat orang dengan cara seperti ni. Sebagai contoh deman beraling telur ataupun beraling tepung gilling yang di buat macam tepung orang nak buat roti chanai tu. dan juga pandai mencari pencuri dengn mengoreng pasir dalam kuali. Goreng pasir tu hingga panas sehingga badan pencuri tu pun jadi panas dan dia akan memulangkan kembali barang yang dia curi.

waaa tak sangka bro yg terkenal dengan post2 kemodenan percaya dengan hal2 ghaib ni...

selalu benda2 camni bro akan kata org melayu ni mudah tertipu la itu ini la

:D
 
memang boleh...guna jarum suntikan.kenapa boleh masukkan sebab ada gelembung udara dalam telor yg membolehkan kita masukkan sesuatu..

bukan minyak..botol die..besar2 barang dlm telur tu..klo jarum je xheran dah sume tau mcm mana
 
Cara rawatan sihir ada pelbagai. Ada gunakan telur, gunakan tepung, gunakan gambar, gunakan nama ibu saja, macam-macam cara ada... kenapa sempitkan pemikiran anda bahawa cara rawatan itu hanya satu? Bukankah Allah itu Maha Kaya? Adakah Allah itu kedekut, tak mahu menyembuhkan hamba-hambaNYA melalui banyak jalan? Nak satu jalan jer? Sedangkan ilmu Allah itu luas, sangat luas. Ibarat kita celupkan jari ke dalam air laut, dan kita angkat kembali jari itu. Air yg tinggal di jari itulah ilmu kita. Air di laut itulah ilmu yg tak habis lagi kita gali. Banyak bukan? Jadi kenapa berfikiran singkat dan berprasangka buruk bahawa rawatan menggunakan telur ini SEMUANYA palsu?

Mungkin ada yg palsu, tapi itu bukan salah metode. Kena tengok PERAWAT itu sendiri. Metode itu sama saja untuk perawat lain. Perawat lain pun ada juga yg guna telur, tapi adilkah kita melabel semuanya sama, semata-mata kerana segelintir perawat yg menipu? Utk yg tak pernah terkena sihir, bersihkan hati anda dari mudah berprasanga, kerana sebahagian sangkaan, adalah dosa.


aku pernah kena santau dan tau sakit mcm mana...perawat ada mcm2 cuma ikut pengalaman aku la...yg terbukti ialah yg mengunakan ayat2 al-quran 100% ..bila perawat guna ayat al-quran ni biasanya hanya melibatkan garam..limau..lada hitam dan juga air yg diruqyah.
 
Back
Top
Log in Register