BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manila cabul kod etika maritim

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Gambar menunjukkan Filipina giat menjalankan kerja-kerja pembinaan di Kepulauan Spratly seperti didakwa China. AGENSI​

BEIJING 5 Mei – China semalam mendakwa Filipina mencabul kod etika kelakuan tidak rasmi berusia 13 tahun berhubung situasi di Laut China Selatan selepas melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan pertikaian, serangan balas negara kuasa dunia itu selepas Manila sering mengkritik tindak-tanduknya berhubung isu tersebut.

China bersama 10 anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Timur (ASEAN) menandatangani perjanjian pada tahun 2002 untuk menghalang pendudukan di kawasan terumbu karang dan melakukan sebarang proses pembinaan bagi merumitkan lagi pertikaian.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan menggesa Filipina untuk menghentikan ‘tindakan melobi berniat jahat dan provokasi’ berhubung isu pertikaian berkenaan, yang didakwa milik Beijing dan diduduki Manila secara haram.

“Filipina telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan berskala besar kemudahan tentera dan orang awam termasuk lapangan terbang, pelabuhan dan berek di Kepulauan Spratly sejak beberapa tahun lalu.

“China tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang boleh merumitkan lagi isu pertikaian pulau ini. Perkara tersebut boleh mengganggu keamanan dan kestabilan rantau ini,” jelas kementerian tersebut.

Kementerian itu menambah, Manila perlu menghentikan kerja-kerja pembinaan dan membawa keluar rakyatnya yang berada di pulau berkenaan.

China minggu lalu menuduh Vietnam, Filipina dan beberapa buah negara lain menjalankan kerja-kerja pembinaan di pulau pertikaian secara haram.

Beijing mendakwa, 90 peratus daripada kawasan Laut China Selatan yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas asli milik mereka, sekali gus mengundang kemarahan negara-negara seperti Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam, dan Taiwan yang menuntut kawasan sama. – AFP
 
Filipina dan china sama je penyamun
 
M'sia kalau bab2 mcm ni mmg menikus la,.
 
malaysia pn buat jugak...

sbb tu ler diam jer...hahahahahaha...

china jer kempunan..
 
Back
Top
Log in Register