BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keith (kiri) dan Keenan diusir dari rumah mereka selepas gagal menjelaskan cukai bilik tidur di rumah mereka di Birch Green, Skelmersdale, Lancashire. AGENSI​

LONDON 30 April – Seorang lelaki di Britain dilaporkan kehilangan kesemua jari kakinya selepas dia dan bapanya terpaksa menghabiskan sepanjang musim sejuk lalu tinggal dan bermalam di sebuah khemah akibat menjadi mangsa ‘cukai bilik tidur’, yang tidak mampu mereka jelaskan.

Mitchell Keenan, 32, dikejarkan ke sebuah hospital enam minggu lalu selepas ahli keluarganya menyedari jari kakinya bertukar menjadi kehitam-hitaman sebelum doktor mengesahkan kakinya mengalami reput fros.

Metro.co.uk melaporkan Keenan dari Birch Green, Skelmersdale, Lancashire dan bapanya, Keith, 62, terpaksa tinggal di dalam khemah selepas mereka diusir dari rumah mereka yang mempunyai empat bilik tidur setelah mereka tidak mampu menjelaskan bayaran cukai berkenaan.

Tambah malang buat Keenan, bapanya mengalami masalah nyanyuk, kekurangan zat makanan dan berkudis, selepas tinggal di dalam khemah itu yang disediakan oleh adik ayahnya, Dawn Doyle, 54 tahun.

“Agak keterlaluan apa yang terjadi kepada adik dan anak saudara saya. Mereka tinggal di rumah mereka selama 30 tahun dan mengalami kesempitan hidup pada tahun lalu,” kata Doyle kepada Liverpool Echo.

Doyle yang merupakan seorang ibu tunggal dan kurang upaya berkata, agak malang bagi kedua beranak itu selepas bantuan kerajaan kepada mereka disekat, dan memburukkan lagi keadaan, mereka mengalami masalah saraf dan hilang keupayaan sehingga sering terlepas peluang untuk bekerja.

Doyle berkata, dia membelikan Keenan dan Keith sebuah khemah termasuk menyediakan mereka dengan bekalan makanan selepas mendapati dia tidak mampu untuk menjaga kedua-dua beranak itu.
 
Back
Top
Log in Register