BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa tetak lari 2 kilometer

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Anggota polis melakukan siasatan di rumah diduduki mangsa yang cedera ditikam.

ALOR GAJAH - Seorang mangsa tetak berlari sejauh kira-kira dua kilometer untuk mendapatkan bantuan majikannya, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Simpang Ampat di sini, kira-kira 4.30 pagi, semalam.

Mangsa, seorang warga Bangladesh berusia 25 tahun ditetak di belakang badan oleh rakan rumahnya sendiri yang berusia 23 tahun ketika sedang tidur di sebuah bilik dalam rumah berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tidak mengunci pintu bilik sebelum didatangi suspek, secara tiba-tiba menghunus pisau di bahagian belakang badan mangsa.

“Mangsa yang kesakitan bangun dan cuba melawan. Bagaimanapun gagal kerana keadaannya parah. Suspek kemudian keluar rumah dan melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Dalam keadaan darah penuh atas katil, mangsa keluar dari rumah mendapatkan bantuan majikannya," katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara berlari sejauh kira-kira dua kilometer ke rumah majikannya.

"Setiba di rumah majikan, mangsa mengetuk tingkap rumah sebelum majikannya meninjau dari dalam menerusi tingkap, lalu membuka pintu.

“Mangsa yang berlumuran darah kemudian rebah dalam keadaan mengiring sambil meraung kesakitan. Majikannya datang menekap belakang badan mangsa yang berdarah menggunakan kain," katanya.

Melihat kepada keadaan mangsa, katanya, majikan terbabit memapah mangsa ke dalam kereta lalu menghantarnya ke Hospital Tampin.

"Selepas menghantar mangsa, majikan berkenaan pergi ke rumah mangsa bersama dua rakannya. Bagaimanapun, suspek tiada di rumah, sebaliknya hanya seorang rakan serumah mangsa sedang tidur di bilik belakang," katanya.

Menurutnya, kereta dilarikan suspek juga adalah milik majikan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mangsa-tetak-lari-2-kilometer-1.140591
 
rakan serumah kalo tak Bangla, mesti Myanmar
 
geng2 nih asyik buat kacau jerk..hantar la smua balik..dah la busuk
 
warga asing semakin banyak membuat onar di malaysia
 
pergh....larat lari tu...2km...xde jiran yg berdekatan ke?
 
bangla busuk mabuk todi lagi.. mmmm
 
Back
Top
Log in Register