BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa serangan Memali kini Senator

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga salah seorang mangsa serangan ganas polis ke atas penduduk Kampung Memali, Muhamad Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal pertama di Dewan Negara semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kedah mengangkat sumpah bersama seorang lagi ahli Dewan Negara yang baru dari Kedah iaitu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ir. Zamri Yusuf.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh sebelum sidang Dewan Negara bermula.

Pelantikan mereka yang berkuat kuasa semalam adalah untuk tempoh satu penggal.

Muhamad Yusof, 54 dan Zamri, 43, merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah untuk jawatan tersebut.

Kedua-dua mereka yang mewakili Kedah dilantik ke jawatan itu setelah wakil Barisan Nasional (BN) negeri itu, Datuk Yaakob Mohammad dan Chua Kim Chuan tamat tempoh perkhidmatan pada 10 April lalu.

Ketika ditemui, Muhamad Yusof berharap akan dapat menyampaikan ucapan sulungnya di Dewan Negara hari ini.

MEMALI DALAM KENANGAN...WALAUPUN MELAYU MUDAH LUPA TETAPI MEMALI TETAP DIINGATI...
 
sayu aku baca berita ni.. "sure dia tahu apa nak cakap nanti"
 
aku time tu kecik lagi 2 tahun umo..tp bile aku bace kish memali tu...memang terase sgt sedih..sb..org melayu sanggup bunuh org melayu atas kepentingan2 tertentu..dn spai skrg MASTERMIND tu plak kini jadi sanjungan org melayu..MELAYU MUDAH LUPE!!!
 
aku time tu kecik lagi 2 tahun umo..tp bile aku bace kish memali tu...memang terase sgt sedih..sb..org melayu sanggup bunuh org melayu atas kepentingan2 tertentu..dn spai skrg MASTERMIND tu plak kini jadi sanjungan org melayu..MELAYU MUDAH LUPE!!!


JANGAN salahkan yg melakukan didalam tragedi tu sbb diaorg terima arahan suker atau tidak,diaorg kene akur tapi aku setuju sangat2 kalo kesalahan tu diletakkan keatas PM n TPM pada masa tragedi tu,mereka berdua ni la yg jadi TOM N JERRY (MASTERMIND) dalam tragedi MEMALI tu. BONGKAR BONGKAR BONGKAR
 
tapi ramai sangat org dok sanjung mamak tu..
 
perwira2 dh msuk gelanggang!
tgk jela nati mcm mane pak lah nk handle
 
Back
Top
Log in Register