AMICO66
Super Active Member
- Messages
- 9,664
- Joined
- May 5, 2008
- Messages
- 9,664
- Reaction score
- 273
- Points
- 91
Dipetik dari ruangan agama Berita Harian
Soal Jawab Agama: Mangsa rogol patut dapat pampasan
SEBUAH hadis Nabi SAW menyebut mengenai zina yang boleh merosakkan amalan selama tujuh puluh tahun. Hari ini kita lihat banyak perkara yang mendorong ke arah zina. Bagaimana jika seorang wanita itu dirogol. Apakah nasib orang yang dirogol mengikut syariah Islam.
Jauhari Aziz
Shah Alam
ZINA adalah perbuatan dosa besar yang dilarang oleh Allah SWT melalui firmannya di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan jalan yang paling kotor.” Ayat ini melarang kita menghampiri zina, apatah lagi untuk melakukan perbuatan itu. Tiada lafaz yang menunjukkan ada hadis yang disebutkan oleh saudara, tetapi disebutkan oleh ulama bahawa maksud hadis mengenai perbuatan zina adalah termasuk dalam perkara yang terlarang dan dosa besar berdasarkan ayat Al-Quran di atas.
Ibnu Hajar menyebut zina daripada dosa besar malah ada yang mengatakan ia lebih dahsyat daripada pembunuhan (Az-Zawajir 2/224). Penzina juga terancam dengan kepapaan seperti yang diucapkan Nabi SAW bahawa perbuatan zina akan mewarisi kemiskinan dan kepapaan. (Al-Hadis).
Hari ini kita lihat suasana persekitaran yang membimbangkan dengan trend pemakaian masa kini mendorong ke arah zina. Apatah lagi dengan kewujudan pusat hiburan yang mendedahkan remaja ke arah zina.
Pihak berwajib perlu serius dalam menangani permasalahan ini melalui perlantikan badan khas yang sentiasa memantau perkembangan itu. Firman Allah SWT: “Hendaklah kamu saling membantu di dalam melakukan kebaikan dan janganlah kamu saling membantu di dalam melakukan kemaksiatan.” (Al-Maidah ayat 2).
Bagi wanita yang dirogol, Islam menetapkan hukuman rejam ke atas perogol serta membayar pampasan kepada perempuan yang dirogol. Pernah berlaku kepada Nabi SAW di dalam sebuah hadis di mana beliau dibawa seorang lelaki yang ditangkap kerana merogol lalu dihukum oleh baginda SAW dan dilepaskan wanita berkenaan. Ada riwayat lain mengatakan bahawa perogol dikenakan bayaran tertentu mengikut kesesuaian dan pertimbangan hakim.
Penulis ialah Eksekutif Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui e-mel: [email protected]