BTC USD 83,589.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa menjerit panas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

KEADAAN sebuah rumah teres dua tingkat yang musnah dan mengorbankan nyawa Norizza di Puchong semalam.

SUBANG JAYA - Seorang wanita yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Puchong Indah di sini semalam sempat menjerit meminta tolong selama 15 minit sambil berpaut pada jeriji tingkap biliknya.

Lebih menyayat hati, dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, suami dan empat anak mangsa yang berusia empat hingga 13 tahun hanya mampu melihat wanita itu meraung seorang diri sebelum dijilat api.

Difahamkan, suara mangsa boleh didengari dari jarak 50 meter dari rumahnya menyebabkan jiran-jiran terjaga daripada tidur

Kira-kira 30 penduduk kawasan perumahan itu bagaimanapun tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak.

Mayat Norriza Mat Salleh, 36, yang merupakan pegawai khidmat pelanggan ditemui rentung oleh pasukan bomba di dalam bilik tidur utama di tingkat atas dipercaya akibat terperangkap kerana asap tebal selain api marak.

Menurut anak sulung Norriza, Mohd. Aiman Hakimi Azahar, 13, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu di tingkat bawah sambil menemani bapanya menonton televisyen manakala ibu dan tiga adiknya tidur di tingkat atas di dua buah bilik berasingan.

"Saya menyedari berlaku kebakaran selepas ayah kejutkan saya daripada tidur. Ayah naik untuk kejutkan ibu dan adik-adik di tingkat atas dan bawa turun tiga adik saya tetapi emak tidak ikut bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang.

Menurut Aiman, bapanya, Azahar Samsudin, 40, cuba naik semula ke tingkat untuk menyelamatkan ibunya, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana api merebak dengan cepat.

Difahamkan, seorang penduduk juga cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana tangga rumah itu musnah dijilat api.

Sementara itu, jiran mangsa, Siti Rabiatul Adawiyah Mahmud, 29, memberitahu, penduduk hanya mampu melihat kejadian itu sementara menunggu pasukan bomba tiba.

"Suara dia sangat kuat. Saya dapat dengar dengan jelas dia menjerit meminta tolong dan berkata 'panas... panas' sambil berpaut pada jeriji," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nurul Jannah Yusof, 26, pula mendakwa, dia yang sedang tidur terjaga kerana mendengar suara orang menjerit yang disangkanya kejadian samun.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Jaya, Jafri Amat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

"Api dapat dikawal dalam masa 20 minit. Kelewatan pasukan bomba tiba adalah disebabkan jentera sedia ada pergi ke lokasi kebakaran lain di Kampung Kenangan, Puchong," katanya yang mendapat bantuan dari Balai Bomba Petaling Jaya dan Subang Jaya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Lambaisebelummaut/MA/Article
 
adoi kesiannya..takziah

nak elakkan org pecah masuk psgla besi, pstu jd cmni kita sendiri tperangkap
 
lagi kes kebakaran dan maut diambang syawal
takziah kepada keluarga mangsa

semoga kita semua terselamat dari segala musibah
 
jiran2 pun cuak jugak, takut api merebak ke rumah sebelah.
sedih la. dah nak raya ni, mak takde.
 
Kenapa mangsa xnak turun kebwh masa kali pertama suami dah naikatas.
 
Back
Top
Log in Register