BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa lemas berkelakuan pelik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan mayat mangsa yang ditemui kira-kira tujuh jam selepas dilaporkan hilang.
< 1 / 2 >
TANAH MERAH - Isteri mangsa lemas ketika menangkap ikan menggunakan ‘taut’ di sebuah alur air, dekat Bukit Gading, di sini, kelmarin, tidak menyangka kelakuan pelik suaminya sebelum kejadian menjadi petanda sesuatu yang buruk akan berlaku.

Siti Aminah Razali, 29, berkata, kematian mengejut suaminya mengingatkan dia kepada perbuatan arwah yang mencium dua anak mereka sebanyak dua kali sebelum keluar rumah kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Menurutnya, arwah suaminya, Mohd Isa Hamad, 40, juga meminta untuk membawa bersama bekalan makanan kerana katanya, dia tidak akan pulang ke rumah pada malam kejadian.

“Semasa nak keluar rumah arwah cium dua anak kami dan selepas berjalan beberapa langkah, dia berpatah balik dan cium mereka berdua sekali lagi.

“Bila berlaku kejadian ini, terlintas di fikiran saya kelakuan pelik arwah kerana sebelum ini, kalau nak keluar rumah, dia hanya cium anak sekali saja,” katanya, semalam.

Mayat Mohd Isa ditemui penduduk kampung kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan tenggelam dalam alur air berhampiran Sungai Manal, Bukit Gading, jam 12.30 tengah malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menahan ‘taut’ di kawasan tersebut bersama seorang rakan, Marzuki Mokhtar, 24.

Mohd Isa yang bekerja mengambil upah membina rumah meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan dan tiga lelaki berusia 11 bulan hingga 12 tahun.

Menurut Siti Aminah, arwah suaminya lebih gemar mengail berbanding menangkap ikan menggunakan ‘taut’ dan akan keluar rumah hampir setiap hari untuk memancing.

“Kebetulan anak kami yang berkhatan nak makan ikan haruan, sebab itu arwah suami tak pergi mengail tapi tahan ‘taut’,” katanya.

Sementara itu, perubahan sikap Mohd Isa turut disedari Marzuki apabila mangsa dikatakan terus bergegas ke kawasan alur air itu sebaik sahaja mereka sampai.

“Selalunya kami tinjau kawasan dahulu dan akan bincang nak mengail kawasan mana tetapi kelmarin selepas letak motosikal, dia terus pergi ke kawasan alur air.

“Jauh juga jarak dia di hadapan dan saya hanya sedar dia lemas tidak lama selepas itu bila dia panggil saya dan waktu itu, air sudah berada di paras leher dia,” katanya.

Tambahnya, dia sempat menyelam dan cuba mengangkat Mohd Isa sebanyak dua kali tetapi gagal kerana waktu itu, badan mangsa sudah longlai dan tidak terkapai-kapai seperti kebiasaan orang hampir lemas.

“Bila saya timbul untuk ambil nafas, waktu itu pegangan saya terlucut dan bila menyelam sekali lagi, dia sudah tidak ada di tempat dia tenggelam,” kata Marzuki.

Katanya, dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung paling hampir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis pada jam 6.30 petang.

Penduduk yang menemui mayat mangsa, Azhar Razali pula berkata, mangsa ditemui di dasar alur air sedalam kira-kira 1.2 meter itu selepas 15 minit dia bersama dua penduduk menyambung pencarian.

“Badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dasar alur Lubuk Kubang Rusa kira-kira 10 meter dari tempat dia hilang selepas kami bertiga membuat rantaian dan melakukan pencarian menggunakan kaki,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah Mohd Isa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gading selepas solat Jumaat dengan dihadiri Pengarah 2 Dun Kemahang, Ahmad Ismail.

Selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Ahmad turut menasihatkan penduduk supaya lebih berwaspada pada musim banjir ini bagi mengelakkan kejadian kehilangan jiwa seperti itu tidak berulang
 
pergi sudah si bapa m'hadap illahi..tgllah anak b'kasih manja dgn si ibu..semoga amal baikmu diterima & diampuni dosa2mu wahai anak adam.
 
Back
Top
Log in Register