BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa kebakaran terima unit PPR baru

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
image.jpeg

Ahmad Fauzi menyerahkan sumbangan dan surat tawaran PPR kepada Noriza (dua, kanan).

KUALA LUMPUR - Mangsa kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kampung Baru Air Panas, petang kelmarin, menerima tawaran unit baharu.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, berkata, tiga unit terjejas dan satu unit musnah keseluruhan dalam kejadian itu.

Menurutnya, tawaran unit baharu hanya diberikan kepada satu keluarga pada peringkat awal.

Katanya, DBKL akan lihat semula keperluan unit baharu kepada mangsa lain atau hanya perlu diperbaiki.

“Sumbangan lain turut diberikan termasuk peralatan persekolahan dan wang tunai. Yayasan Wilayah Persekutuan juga menyalurkan sumbangan

RM1,000,” katanya selepas menyampaikan surat tawaran unit baharu kepada mangsa kebakaran itu, semalam.

Dalam pada itu, bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berupa tilam dan bantuan makanan turut disalurkan.

Sementara itu, mangsa, Noriza Ninggal, 50, berkata, dia menghargai sumbangan disalurkan dan pada masa sama berhasrat menetap terus di unit baharu.

“Saya reda dengan ujian ini. Tapi saya tak berhasrat tinggal di unit lama walaupun sudah dibaiki nanti. Saya hanya mahu fikir untuk memulakan semuanya semula,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin itu, sebuah unit di tingkat 14 blok C musnah dalam kebakaran.

Proses pemadaman dikatakan mengambil masa lama disebabkan tiada sumber air menyebabkan bomba terpaksa menggunakan pili bomba di bawah blok sebagai sumber air utama memadam kebakaran.

Pengarah Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Wan Mohammad Ghazali Nor, berkata, penerima unit baharu tidak perlu membayar sewa tiga bulan.

Mengulas berhubung sistem pemadam kebakaran yang tidak berfungsi di blok terbabit, beliau berkata, perkara berkenaan dalam pemantauan.

“Kontraktor telah dilantik bagi menyelenggarakan peralatan di semua blok setiap kawasan perumahan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register