BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa cabul dakwa teraniaya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Dua adik lelaki mangsa (dua, kiri), dan Tan menunjukkan laporan polis serta pembongkaran penipuan dilakukan suspek di laman sesawang.
< 1 / 1 >
PUCHONG – Seorang wanita yang mendakwa pernah dicabul kehormatan oleh seorang lelaki bergelar doktor, tiga tahun lalu menjadi trauma apabila si pencabul pula datang membawa anggota polis ke rumah dihuni keluarga untuk menahan dua adik lelakinya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan berkata, dia membuat laporan polis berhubung dirinya hampir dirogol di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil pada September 2010.

Siasatan kes bagaimanapun didakwa terhenti begitu sahaja kerana polis memberitahu tidak dapat mengesan suspek.

Tan berkata, suspek hanya tinggal selang dua lorong dari rumah dihuni bersama keluarganya.

Susulan kejadian, Tan mendakwa dia pernah dituduh kononnya membuat khianat terhadap dua kereta milik suspek sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai apa yang berlaku.

Tidak terhenti di situ, Tan yang bekerja sebagai pengurus acara mendakwa suspek bersama isteri dan dua anggota polis datang ke rumahnya petang 28 November lalu dan menyuruh anggota pihak keselamatan menahan adiknya.

Suspek katanya, menuduh dua adik lelakinya memecahkan tayar kereta dan mendakwa mempunyai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, apabila diminta, suspek enggan menunjukkan bukti rakaman yang didakwa diperolehinya.

Tan mendakwa dia kini bimbang keselamatan diri dan keluarga kerana sepatutnya dia adalah mangsa kejadian, namun sebaliknya suspek menggunakan anggota polis untuk menunjukkan dia adalah mangsa.

“Saya takut sekiranya lelaki itu (suspek) dipukul atau dicederakan oleh sesiapa selepas ini dia akan menuduh dan menyerang rumah saya. Yang saya lebih takut adalah dia suka membuat laporan polis palsu dan mengarahkan polis menangkap saya dan dua adik lelaki sesuka hatinya,” katanya.

Tan berkata, disebabkan suspek tinggal tidak jauh dari rumahnya, situasi itu membolehkan lelaki terbabit mengetahui pergerakan dirinya yang masih bujang.

Justeru, Tan berharap nasibnya mendapat pembelaan pihak berkuasa supaya dia tidak terus dihantui kebimbangan terhadap kelakuan lelaki itu.

Perkara berkenaan kemudian diadu kepada Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng di Biro Aduan Puchong, semalam.

Chee Heng berkata, beliau akan menyemak status kes pencabulan dilaporkan mangsa tiga tahun lalu dan menulis surat kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan Tan mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, setelah disemak, suspek didapati banyak melakukan penipuan perniagaan dan sebagainya, perkara itu dibongkar beberapa mangsa melalui laman sesawang.

“Saya juga menasihatkan dua adik lelaki mangsa membuat laporan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa keselamatan mengenai butiran palsu dilaporkan suspek kepada polis sebelum ini.

“Dalam kes ini, mangsa sebenar teraniaya sedangkan suspek menutup kesalahan dengan membuat laporan palsu kepada polis,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/mangsa-cabul-dakwa-teraniaya-1.229441
 
tak boleh melantak gak..
Camne laporan palsu pada polis boleh tutup jenayah suspek lak !
 
ini polis makan wang punya..doktor tu pulak mesti ramai geng org2 atas
 
Geng sepet ni tiap2 hari duk kutuk polis kena kes macam ni baru tergedik gedik cari polis...
 
sebab kes camni la org biasa kurang percaya pada polis
siap kena buka kepolisan masyarakat,
maksudnya kepolisan itu sendiri tak boleh guna
VVIP pny kes ni kot
 
kes dulu stop sebab polis kata tak dapat kesan suspek... bila suspek buat report apasal tak tangkap terus? boleh lak dia buat report baru.... org lain lak yg kena tangkap???

musykil...musykil....

abang2 polis dlm CG ni cuba bagi pendapat sket.
 
Back
Top
Log in Register