BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa buli tuntut RM2 juta

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
2juta.jpg_1491107211.jpg


Seorang pelajar yang menjadi mangsa buli memfailkan tuntutan sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Tuntutan pelajar berusia 16 tahun itu dibuat menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 46, berkaitan kejadian buli di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Wakaf Tembesu pada 26 April 2015 hingga menyebabkannya mengalami kecederaan dan tekanan perasaan.

Selain saman terhadap lima pembulinya yang juga bekas pelajar seniornya, remaja berkenaan turut menamakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SESMA, bekas Pengetua SESMA, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia dalam tuntutannya.

Ahmad Fauzi berkata, tuntutan itu dibuat untuk menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat bahawa buli adalah budaya amat merbahaya jika dibiarkan serta kejadian berkenaan menyebabkan anaknya sakit dan berubah sikap.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/218187
 
RENCANA

ARKIB : 04/03/2001

Saman bukan alat untuk kaya- Tuntutan keterlaluan merosakkan hak masyarakat

MUKADIMAH

SAMAN fitnah yang mencecah sehingga ratusan juta ringgit adalah satu perkembangan baru dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Malah di warung teh tarik, di kantin pejabat dan di serambi masjid ada jenaka tersebar tentang trend baru itu: Kalau tiada wang, cari jalan orang menabur fitnah supaya kemudian boleh bawa orang itu ke mahkamah dan menjadi kaya-raya.

Tetapi perkara saman berjuta-juta ringgit ini bukan satu jenaka sebenarnya. ``Ia ancaman besar kepada kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara itu sendiri,'' kata Pengerusi Majlis Peguam, Sulaiman Abdullah.

Selebihnya, trend itu mencetuskan kekeliruan nilai di kalangan anggota masyarakat apabila ganti rugi kes fitnah terlalu tinggi kalau dibandingkan dengan ganti rugi kepada kecederaan anggota tubuh badan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim baru-baru ini sekali lagi mencadangkan supaya ada keselarasan antara ganti rugi fitnah dan kecederaan tubuh.

Dalam keadaan jadualnya yang ketat dan kesihatan yang sedikit terganggu, Sulaiman sudi meluangkan masa berkongsi pandangannya tentang isu itu bersama wartawan RAMLI ABDUL KARIM dan NOOR AZAM SHAIRI di pejabatnya pagi semalam. Interviu itu berlangsung selama satu setengah jam.

``Kami mahu isu ini diketengahkan,'' kata Sulaiman bersemangat sungguhpun suaranya sedikit serak kerana diserang selesema dan demam.

MINGGUAN: Apakah falsafah di sebalik pemberian ganti rugi khususnya dalam kes-kes saman fitnah?

SULAIMAN: Falsafah di sebalik ganti rugi yang diberi adalah orang yang mengalami kerosakan reputasinya diberi ganti rugi. Dengan memberi ganti rugi itu mahkamah juga memberi tahu dunia bahawa reputasi orang itu telah tercemar dan bahawa dia sebenarnya seorang yang baik. Selain itu, tujuannya juga adalah bagi menghukum orang yang telah membuat fitnah itu.

Tetapi bagi saya apa yang penting adalah perkataan-perkataan yang mencemarkan nama plaintif itu didapati oleh mahkamah sebagai salah, dan tidak menggambarkan keadaan yang sebetulnya.

Bagi saya itulah yang paling mustahak. Duit ganti rugi adalah perkara yang kurang penting.

Pada hemat saya, kalau nama baik kita tercemar ia bukan satu peluang bagi kita membuat keuntungan yang besar. Jadi selain ganti rugi, kita harus cari jalan seperti di negara lain di mana mereka menubuhkan Majlis Akhbar yang boleh memberi arahan kepada akhbar supaya terus membetulkan laporan yang salah.

Sejak akhir-akhir ini kita lihat ganti rugi yang diberikan oleh mahkamah terlalu tinggi hingga berjuta-juta ringgit. Bagi masyarakat umum mereka menganggap ini tidak munasabah dan karut.

SULAIMAN: Majlis Peguam juga berpendapat keputusan demikian keterlaluan. Kami juga berpendapat ganti rugi sedemikian akan memberi bahaya besar kepada kebebasan akhbar dan juga kebebasan bersuara.

Kami anggap dengan ganti rugi yang sedemikian besar, mahkamah seolah-olah memberi amaran bahawa reputasi orang atasan dan orang kaya mempunyai nilai yang besar dalam masyarakat kita, berbanding dengan nilai-nilai lain.

Penjelasan yang diberi oleh mahkamah nampaknya mereka mementingkan isu niat. Menurut mahkamah, kes fitnah tidak boleh dibandingkan dengan kes cedera akibat kemalangan jalan raya, sebagai misalan. Ini kerana dalam kemalangan tidak timbul isu niat, hanya kecuaian.

Menurut mahkamah, dalam kes fitnah ada juga unsur niat untuk memburukkan reputasi, atau niat mengeluarkan perkataan-perkataan yang salah terhadap plaintif.

Tetapi bagi saya ini tidak mustahak, isu niat tidak mustahak. Apa yang penting ialah ganti rugi adalah ubat bagi mangsa, sesuatu yang mengubat perasaan lukanya. Bukan hendak menyeksa orang yang buat salah.

Antara keadaan cedera parah kerana kemalangan jalan raya dan fitnah yang mencemarkan reputasi, saya anggap tidak ada perbandingan munasabah di sini.

Kalau kita hilang daya penglihatan atau hilang kedua kaki, ini lebih dahsyat, jauh lebih teruk daripada kehilangan reputasi.

Adakah Tuan Haji maksudkan bahawa reputasi yang terjejas kerana fitnah itu tidak penting?

SULAIMAN: Bukan. Maksud saya, kalau seseorang hilang reputasi, kalau mahkamah buat keputusan sebenarnya dia orang baik dan tidak melakukan perbuatan yang ditohmah, keputusan itu dengan sendiri sudah mengembalikan nama baik beliau. Ini adalah satu jalan keluar bagi orang itu.

Berbanding dengan orang yang hilang tangan, hilang kaki, keputusan mengatakan pemandu bas cuai tidak mencukupi. Beliau perlukan wang untuk hidup secara sederhana atau seperti sebelumnya, walaupun tak boleh tetapi seboleh-bolehnya dia cuba dapatkan kaki baru dan pembantu. Jadi di sini, duit sangat penting baginya.

Berbanding dengan fitnah, saya rasa duit bukan penting tetapi yang utama nama baik itu dikembalikan kepada kita.

Jadi maksudnya, setelah mahkamah bersihkan nama baik yang sudah tercemar itu, apakah tidak mungkin mahkamah memberikan ganti rugi nominal, seperti yang pernah dibuat?

SULAIMAN: Ya. Bagi saya itu cara yang baik sekali. Mengikut penyelidikan yang kita buat tentang keputusan mahkamah antara tahun 1980 hingga 1990, ganti rugi yang paling tinggi pernah diberi oleh mahkamah ialah sebanyak RM100,000 yang diberi kepada Ketua Menteri Sabah (ketika itu) kerana tohmahan dia mengamalkan rasuah.

Kalau kita buat perbandingan dengan Singapura, Perdana Menterinya (ketika itu), Lee Kuan Yew membawa beberapa kes fitnah antara tahun 1989 dan 1990, dan beliau dapat lebih kurang S$200,000.

Pada tahun 1995, bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak iaitu Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub beliau dapat ganti rugi RM100,000 sebagai ganti rugi mengambil kira faktor-faktor yang lebih teruk (aggravated).

Trend ini diteruskan sehingga tahun 1995 apabila dalam kes Tan Sri Vincent Tan terhadap Haji Hassan Hamzah dan yang lain, di mana Tan Sri Vincent Tan dapat ganti rugi jumlahnya RM10 juta. MGG Pillai sendiri diarah membayar RM2 juta sebagai ganti rugi. Rayuan pihak defendan kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ditolak dan ganti rugi yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi disokong. Mahkamah Persekutuan kata menurut pandangan mereka, ganti rugi yang diberi tidak salah dan tidak terlampau tinggi, jadi mereka tidak boleh campur tangan.

Dalam tahun 1996, kita nampak lebih daripada 10 kes fitnah difailkan di mana ganti rugi yang dituntut adalah antara RM30 juta hingga RM100 juta. Semua kes ini berdasarkan satu makalah yang dikeluarkan dalam majalah International Commercial Litigation yang diterbitkan di England.

Ganti rugi yang dituntut ini terus melambung tinggi sehingga antara tahun 1999 dan 2001 pihak akhbar menjadi sasaran utama. Ganti rugi yang dituntut sudah sampai ke tahap luar dugaan dan di luar munasabah. Sebagai misalan, dalam satu kes yang difailkan pada bulan Februari tahun ini, ganti rugi yang dituntut berjumlah RM1.3 bilion.

Ganti rugi yang diberi oleh mahkamah adalah dalam kiraan jutaan ringgit dan ada juga beberapa kes telah diselesaikan dalam jumlah yang besar tetapi tidak diberitahu kepada orang ramai.

Nampaknya ada satu peningkatan trend yang terlalu tinggi, daripada ratusan ribu ia menjadi ratusan juta. Selain itu ada satu trend lagi, plaintif sendiri menetapkan jumlah ganti rugi yang dia mahu.

SULAIMAN: Ya, itu betul. Kes pertama plaintif menetapkan jumlah tuntutan dalam saman fitnah ialah kes MBf Capital terhadap Tommy Thomas di mana jumlah yang dituntut ialah RM15 juta.

Defendan, Tommy Thomas cuba batalkan jumlah tuntutan yang ditetapkan tetapi mahkamah kata tidak ada apa-apa dalam Kaedah-kaedah Mahkamah yang melarang pihak plaintif berbuat begitu.

Tetapi bagi saya, keputusan sedemikian tidak mengiktiraf perbezaan antara ganti rugi khas dan ganti rugi am.

Ganti rugi khas bermakna apa-apa kerosakan atau kerugian khas yang sudah berlaku. Sebagai misalan, kita ada jam tangan Rolex. Kita terlibat dalam kemalangan, jam tangan itu hilang atau dicuri orang. Kita boleh tuntut harga jam itu kerana ia satu kerugian yang boleh ditaksir dengan tepat. Kita perlu sebut berapa banyak kita tuntut ganti rugi.

Tetapi berkaitan ganti rugi am, tradisi mahkamah adalah kita tidak sebut jumlah yang kita tuntut. Kita hanya tuntut ganti rugi am dan terpulang kepada mahkamah untuk menetapkan selepas kita berhujah.

Katakan defendan tidak mahu membela diri. Dalam konteks itu, ganti rugi khas dianggap diakui dan mahkamah boleh buat keputusan sekian banyak. Tetapi ganti rugi am harus dibicarakan. Dia mesti bawa bukti tentang kerugian dan sebagainya dan selepas mahkamah puas hati, baru buat anggaran berapa banyak ganti rugi am.

Apa kesannya kalau kita benarkan plaintif tetapkan jumlah tuntutan saman fitnah sampai berjuta-juta?

SULAIMAN: Kalau kita benarkan plaintif tetapkan ganti rugi am dalam kes fitnah, ini bermakna pihak akhbar misalnya akan rasa takut. Pihak insurans yang melindungi akhbar juga akan gentar dengan jumlah besar yang akan dituntut. Jadi bermakna mereka juga akan mengesyorkan akhbar jangan masuk campur isu-isu kontroversi, jangan selidik kes hangat yang libatkan kepentingan awam. jangan laporkan kes-kes sedemikian kerana kemungkinan ganti rugi yang besar akan ditetap oleh mahkamah.

Ini bermakna kalau mahkamah benarkan pertama, pihak plaintif tetapkan jumlah besar yang dituntut dan kedua, mahkamah sendiri hadiahkan ganti rugi yang amat besar, ini akan membawa satu bahaya yang amat serius kepada kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara.

Jadi kalau kita buat pertimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat dalam konteks ini iaitu kepentingan dalam reputasinya dan kepentingan masyarakat dalam hak mendapat maklumat, saya berpendapat hak masyarakat mesti mengatasi hak individu.

Dalam kes Lee kuan Yew yang Tuan Haji kata tadi ada disebut bahawa ``setiap orang mempunyai hak kepada reputasi dan hak itu mesti dilindungi oleh undang-undang.'' Tetapi gambaran yang diberikan oleh Tuan Haji ialah reputasi itu tidak penting.

SULAIMAN: Saya setuju bahawa reputasi itu mesti dilindungi tetapi pada hemat saya, ia mesti dilindungi dengan munasabah.

Bagi saya, dalam mana-mana masyarakat demokrasi perkara seperti hak bersuara, kebebasan akhbar dan sebagainya adalah nilai-nilai yang amat penting dalam masyarakat. Kita mesti jaga dalam usaha murni hendak melindungi reputasi individu, jangan sampai kita merosakkan masyarakat. Itu yang Majlis Peguam tekankan.

Kalau kita tengok ganti rugi dalam cedera parah, misalnya dalam tahun 1996, satu kes kehilangan penglihatan, jumlah ganti ruginya RM60,000. Tahun 1990, cedera parah pada otak, ganti ruginya RM110,000. Tahun 1990 juga, kes kecederaan pada tulang belakang, RM82,000.

Itu semua kecederaan kekal?

SULAIMAN: Ya. Pada tahun 1988, ada satu kes kebakaran melecur teruk pada badan, ganti ruginya RM80,000. Tahun 1986, kes quadriplegia iaitu semua empat anggota kaki dan tangan lumpuh, RM180,000. Tahun 1980, potong kaki RM97,000.

Jadi kalau kita buat perbandingan antara ganti rugi yang dituntut atau diberi dalam kes fitnah berbanding kes cedera tubuh, nampaknya ia tidak seimbang. Nampaknya kalau kita kehilangan anggota atau kualiti hidup kita rosak, ia dianggap kurang penting berbanding cedera pada reputasi. Majlis Peguam berpendapat keadaan ini tidak betul dan perlu dibaiki secepat mungkin.

Bagaimana dengan keadaan di negara lain?

SULAIMAN:M Kalau kita lihat di New Zealand, Australia atau England, mereka dapat menseimbangkan antara reputasi yang tercedera dan ganti rugi cedera tubuh. Mereka juga buat pertimbangan tentang hak bersuara dan kebebasan akhbar.

Dalam kes saman penyanyi Elton John terhadap Mirror Group Newspaper Ltd. pada 1997, mahkamah di England ada membuat pertimbangan seperti itu dan mengurangkan ganti rugi yang diberi. Tetapi di Malaysia itu tidak berlaku, pandangan mahkamah kita agak berbeza.

SULAIMAN: Ya. Apabila Majlis Peguam keluarkan pendapat, ia bukan tanpa alasan. Kita tengok kes-kes dalam bidang kuasa mahkamah di negara Komanwel yang lain, semuanya buat pertimbangan yang wajar.

Di Malaysia nampaknya itu kurang berlaku. Trend di Malaysia ini agak terkeluar daripada trend di negara Komanwel.

Mesej yang diterima oleh masyarakat daripada trend ini ialah orang yang kaya yang tentunya ada reputasi tinggi lebih dilindungi oleh undang-undang berbanding orang yang berkedudukan lebih rendah.

SULAIMAN: Itu tafsiran munasabah dan kami tidak hairan kalau orang ramai buat begitu kerana keputusan mahkamah sejak kebelakangan ini.

Tetapi kami di Majlis Peguam menganggap keadilan adalah satu nilai murni yang mesti dipupuk sama ada orang yang buat tuntutan itu orang miskin atau kaya. Kita anggap orang miskin mesti diberi keutamaan dari segi keadilan kerana mereka kekurangan dalam beberapa bidang kehidupan.

Keadilan adalah cara kita memperbaiki hidup mereka. Kita tidak boleh dengan keputusan mahkamah itu menegaskan jurang antara yang miskin dan yang kaya. Keadilan adalah satu alat bagi orang biasa mendapat penawar.

Tetapi kalau mahkamah nampaknya mengamalkan satu cara yang hanya mementingkan reputasi orang kaya atau orang atasan, maka pandangan orang ramai terhadap mahkamah akan terjejas.

Ini adalah perkembangan yang kurang sihat. Jadi kita harap barisan pemimpin baru dalam pentadbiran keadilan negara ini dapat melakukan satu perubahan.

Kalau ini tidak dapat berlaku, kita harap Parlimen dapat luluskan undang-undang yang dicadangkan oleh Datuk Dr. Rais Yatim. Kalau mahkamah tak dapat buat apa-apa, maka Parlimen kena buat undang-undang baru had ganti rugi.

Saya juga nak tekankan satu isu lain yang berkaitan. Selain ganti rugi yang tinggi, dalam kes-kes fitnah juga kita dapati mahkamah menghadiahkan kos yang tinggi kepada plaintif yang menang. Jadi defendan rugi dua kali, pertama ganti rugi yang tinggi dan kedua, kos yang tinggi. Ini juga dianggap sebagai suatu bahaya besar.

Bagaimanakah kedudukan kebebasan media dan bersuara di Malaysia pada masa depan jika trend ini berterusan?

SULAIMAN: Bagi saya, akhbar atau media memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat demokratik di Malaysia di mana kita dapati kerajaan memupuk suatu budaya membaca.

Satu saluran yang amat baik adalah akhbar. Akhbar-akhbar itu pula mesti mengandungi berita-berita dan unsur yang menarik, jadi ia mesti merujuk kepada isu-isu masyarakat yang penting yang menarik minat orang ramai. Ia mesti membongkar apa-apa skandal yang berlaku dalam masyarakat.

Kalau akhbar tidak dapat memainkan peranan sedemikian, kalau akhbar yang bertanggungjawab khuatir memainkan peranan yang harus dimainkan olehnya, maka ini bermakna bahawa arena ini terbuka kepada akhbar-akhbar yang tidak bertanggungjawab atau surat layang atau khabar angin dan sebagainya. Dan perkembangan itu adalah sesuatu yang kurang sihat pada masyarakat.

Malangnya, ini tidak diambil kira oleh mahkamah apabila mereka membuat keputusan berkaitan dengan ganti rugi tinggi terhadap akhbar yang melaporkan sesuatu yang didapati tidak betul.

Jadi bagi saya, ini adalah satu dilema dalam masyarakat sendiri. Ini bukan dilema kepada akhbar saja tetapi kepada masyarakat keseluruhannya iaitu antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.

Majlis Peguam pernah mencadangkan supaya dihadkan tuntutan tidak melebihi jumlah tertentu?

SULAIMAN: Satu caranya ialah dengan mengatakan bahawa ganti rugi dalam kes fitnah mesti ada hubungan yang munasabah dengan ganti rugi dalam kes kecederaan tubuh.

Jika ganti rugi untuk kecederaan tubuh telah dihadkan melalui satu akta Parlimen, apakah ganti rugi fitnah juga boleh dibuat begitu?

SULAIMAN: Secara sinis kita boleh kata bahawa pihak insurans mempunyai lobi yang kuat dengan pihak Parlimen. Insurans adalah sesuatu yang perlu dalam kes melibatkan kenderaan.

Orang mesti ada polisi insurans sebelum boleh memandu kereta. Ini bermakna pihak insurans mengalami kerugian yang amat besar jika ganti rugi kemalangan sampai ke tahap yang tinggi. Jadi mereka mendesak Parlimen supaya mengehadkannya.

Kalau dari segi dasar awam, pihak mahkamah tetapkan satu had maksimum dalam keadaan itu (kecederaan tubuh), jadi mahkamah juga boleh memainkan peranan yang sama bagi kes fitnah.

Tetapi apa peranan peguam yang terlibat untuk menasihatkan anak guam tentang bahaya ganti rugi tinggi terhadap kebebasan bersuara dan media?

SULAIMAN: Falsafah menggunakan peguam ialah peguam bertindak bagi kepentingan anak guam. Jadi kalau mahkamah membenarkan dibuat tuntutan yang tinggi, peguam itu akan dianggap cuai jika tidak membuat tuntutan dengan jumlah sebesar mungkin. Dalam konteks itu terpulanglah kepada peguam bagi pihak defendan untuk berhujah termasuk atas dasar hak bersuara dan sebagainya.

Peguam tiada pilihan. Jika tidak anak guam akan membuat tuduhan mengatakan dia cuai dan tidak bertindak bagi kepentingan anak guamnya.

Jadi peguam-peguam juga sebenarnya menghadapi dilema dalam keadaan seperti ini. Tetapi secara berkumpulan, atau menerusi Majlis Peguam, kita boleh menonjolkan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan awam dan sebagainya. Oleh kerana Majlis Peguam dikehendaki bertindak bagi keadilan, di sini kita tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Bagaimana Tuan Haji melihat kesan trend ini dari sudut ekonomi. Misalnya syarikat insurans akan naikkan premium dan kos ditanggung oleh pengguna.

SULAIMAN: Trend ganti rugi yang besar akan menyebabkan ramai orang mahu menjadi plaintif sebab ganti ruginya besar dan ada kemungkinan untuk menang.

Selain daripada itu, ini akan menggalakkan ramai peguam mahu menjadi pakar dalam bidang undang-undang fitnah.

Bagi masyarakat negara membangun seperti Malaysia, kita tidak perlukan peguam yang begitu ramai untuk bidang ini.

Ada bidang lain yang lebih penting. Ini bermakna kita beri galakan yang kurang munasabah. Memang ada kesan kepada masyarakat.

Tuan Haji nampaknya sinikal dalam memberi pendirian berhubung isu ini?

SULAIMAN: Bukan sinikal. Biasanya orang dalam apa-apa kerjaya pun dia pilih bidang yang menguntungkan. Kalau kita mahu berjaya dan kita tengok wujud ganti rugi yang lumayan dalam undang-undang fitnah, maka kita masuk dalam bidang itu.

Ada jenaka bahawa kalau kita tiada duit, kita cari jalan orang buat fitnah dan kita saman dia sampai berjuta-juta ringgit.

SULAIMAN: Memanglah. Mungkin ada orang yang suruh rakan sendiri buat kenyataan fitnah mengenai dirinya kepada akhbar dan selepas itu dia akan saman akhbar berkenaan. Boleh juga. Ini boleh berlaku (ketawa).

Tetapi apa gunanya saman sampai berjuta-juta kalau ganti rugi yang diarahkan bayar oleh mahkamah tidak boleh diperoleh kerana orang yang disaman memang tiada duit. Keputusan itu hanya baik di atas kertas saja?

SULAIMAN: Dalam kebanyakan kes, orang bukan hanya hendak ganti rugi tetapi hendak ajar orang yang membuat fitnah itu dengan menjadikannya muflis.

Kalau orang yang disaman muflis, dia tidak dapat kerja dan tidak dapat buat banyak perkara. Mungkin itu niatnya apabila buat tuntutan yang terlalu tinggi. Tetapi itu bukan menjadi tujuan undang-undang.

Jadi maknanya, undang-undang boleh digunakan untuk menekan orang?

SULAIMAN: Ya, pada hemat saya ini memang penyalahgunaan undang-undang. Ini bukan tujuan yang betul.

2juta dituntutnya.. moga jd pengajaran pd yg lain
 
Mak bapak dan lawyer yg tuntut ke, budak tu yg tuntut..

P/s: kalau menang paling2 30% da dapat kat pak loyar
 
It is very interesting to see the final outcome of this case. I am not sure if kes yang sama mcm ni pernah difailkan sebelum ni. Kalau the bullied victim menang ia akan jadi stern reminder or warning kepada mereka yang suka membuli.
 
Mak bapak dan lawyer yg tuntut ke, budak tu yg tuntut..

P/s: kalau menang paling2 30% da dapat kat pak loyar

Saya rasakan ibu bapa dia buat ni bukan dengan motif duit.

Boleh baca ayat saya bold dalam artikel.

Tetapi kita tak tahu isi hati mereka yang sebenar.

Kalau dia menang dan duit bahagian dia (selepas tolak bahagian peguam) didermakan kepada NGO berkaitan, baru kita boleh tahu.
 
layan citer dear boy. adik kena buli kow2 abg balas balik smpai masuk icu mamat tu.
pastu citer dugko. mati adik dia kn buli. abg balas dendam..
 
Baguih2..biaq depa alert sket

Ape pekdah buli x taulaa
 
Back
Top
Log in Register