BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangkuk RM7 juta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.


Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.

Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.


Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.


Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP





sumber
 
Last edited:
Tue dia, tuah badan betul la orang yang beli mangkuk ke, beli RM9, terus jadi jutawan... rezeki sungguh...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
betul tuh kan.....sah2 nombor ekoq haram tp nih dia jual,aku kena korek belakang umah aku mana tau jmpa mangkuk jgak no......:eek::eek::eek:
 
dah x tahu nak hbiskan duit camne diorang ni.
mangkuk rm7 juta pun sggup beli..
bertuah badan..
 
fanatik brg antik mmg sanggup kuar duit banyak utk dptkan benda2 camni.
 
Pergh..tuah mangkuk jatuh ke riba tuannya...
 
Lepas ni nak pegi dapur cari mangkuk lama bawa pergi jumpa pakar lah.. hehe..
 
Back
Top
Log in Register